Sunday, September 26, 2010

.:MaJLis SaMbutAn hAri KeLUarGa AS-SAmADiaH ke~15:.

yg ke-15 kali nih,di-organise oleh pakcik Roslan Sg Buluh..dia kalo tak salah Clan tok Jaafar.. tuptaptuptap dah 15 kali ropernya kami buat majlis grand gath cucu cicit arwah Moyang Samad nih.maknanya dah 15 tahun jugak ianya berjalan(sebab setahun sekali gatheringnya).
fuuhh..lama dah tu..yerla..dari aku blom kawin lagik.bila tiap kali raya(slalunya buat time raya sebab senang nk kumpul famili kami yg ramai tu),kami semua kan berkumpul di surau kg ayer papan,tg tualang i.e surau moyang kami As-Samadiah.
dan tetiap tahun,tuan rumahnya berbeza,dipilih secara bergilir mengikut clan masing2 i.e generasi ke-2 moyang Samad(aku gen.ke-3).
ni gambar carta clan moyang Samad.tapi ni kira gambar lama dah ni masa Clan Tok Chu Tahir depa buat.tak salah gath 2007 kot..
Photobucket
Photobucket

herm..tahun nih buat famili Fatimah(arwah opah aku),semestinya kesedihan yg menyelubungi seluruh famili kami sebab tiadanya dua bapa saudara kami yg pergi meninggalkan kami selamanya pd Julai tempohari i.e Arwah Ayah We dan Pakcik Ipah.ketiadaan mereka amat dirasai.
Alfatihah utk mereka berdua,tak lupa juga kepada semua saudaramara lain yg telah pergi.

Photobucket
bawah ni antara crowd2 yg hadir..selalu memang ramai..tp kali nih mcm kurang sikit.
Photobucket
gamba bawah:depan skalik tu mak aku,hehehe..yg kembar tuh anak maksu Ros aku(sebelah depa yg pandang kamera).sebelah dia wife sepupu aku.
Photobucket
Photobucket
baju biru kanan,Tok Chu Tahir,sebelahnya Opah cik Bedah.dua beradik yg masih lagi tinggal.yg lain dah meninggal.
Photobucket
Photobucket
Paksu Mie yg sedikit emosi.dia mewakili pak sedara dan mak sedara aku.selalunya arwah ayah We yg jadik tonggak kami.
Photobucket
Photobucket
apa yg seronok sangat tuh Pakcik Lan?heheheh...
Photobucket
Photobucket
antara pemenang dan peserta games ada hari tersebut..
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Mijah(sepupu aku) and famili...
Photobucket
si abg long Romzi tgh nyuap makan..hahaha..tapi bukan anak dia...hahaha...bila nk dpt lagik sorang chorrrrrrrrr???

yang bawah nih sepupu aku Jimi...
dia pon ada review tentang Gath ini..di sinun-->sini
Photobucket
Photobucket
sempat aku bergambar dgn opah cik Bedah dan tok chu Tahir.

insyaAllah tahun 2011 nanti,giliran famili kami iaitu Clan Fatimah akan menjadi tuan rumah pulak...
Photobucket
paksu mengucup pipi bapak saudaranya...
Photobucket
moga dipanjang umur,berjumpa lagik tahun hadapan...

Thursday, September 16, 2010

.:RianG RiA Eid MUBarAk x-BAiNun:.

Photobucket

gambar~gambar sekitar majlis:
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
(pinjam gambo mizan sekeping nih)
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Monday, September 13, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati

Berikut aku dapat sumber dari internet tentang kes ini...SUMBER DR BLOG bERITA hARIAN
kalo ikutkan blog aku nih,bukan utk aku display benda2 mcm nih,tetapi disebabkan geram dan kes nih berlaku sewaktu umat Islam sibuk menyambut Syawal,dan kes bermula dlm bulan Ramadhan yg mulia tempohari.Kehilangan semua mangsa bermula 30/08/2010 lalu hingga penemuan lokasi kejadian pada 11/09/2010(12 HARI).TAHNIAH KEPADA PDRM KERANA AGAK PANTAS MENJALANKAN TUGAS EVEN PD SAAT2 HARI RAYA AIDILFITRI...

Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang
Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini. Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan. Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.

Photobucket
Photobucket
sebahagian gambar unit forensik sedang membuat pemeriksaan di Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting--gambar Bernama.
Photobucket
Photobucket
Photobucket
gambar2 suspek yg ditahan polis...
Photobucket
Datuk Pathmanabhan Nalliannen...antara yg menjadi bualan sbg suspek utama. ADAKAH IANYA BENAR?????
Photobucket
Surrendren Nalliannen adik Datuk Pathmanabhan

KITA TUNGGU DAN LIHAT APAKAH KESUDAHAN KES INI NANTI....
BIARLAH PIHAK BERWAJIB DAN UNDANG-UNDANG YG MENENTUKAN..

APA2PON KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH BUAT SEMUA MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM ITU DAN TAKZIAH DIUCAPKAN KPD KELUARGA SEMUA MANGSA..

KRONOLOGI KES:
6 September 2010-
Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
7 September -
Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.
Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.
8 September-
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.
Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
9 September-
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September-
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
11 September-
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.