sambungan....
Pengorbanan Sahabat
Wife masuk dan bagi semangat..aku menitis air mata mengenangkan balik kisah tadi,waktu aku diambang azab yg hanya sedikit cuma Tuhan uji..aku menitis lagi bila ceritakan aku gagal habiskan job wedding..kesian pd pengantin.tp wife bgtau pengantin ada call dan bgtau,depa doakan utk aku,dan jgn fikir apa2..lega.Miezan, aku hanya mampu doakan moga Allah balas jasa dia..wife bgtau dia dh chow sebab lps kenduri,dia nk ke KL..Thanks Miezan..sungguhpon kamu bawak kereta roper hantu, langgor lampu merah,sampai kereta melompat langgor bumper pon ada,pecut bagai nk rak,cilok kiri kanan,dia masih driver,penyelamat terbaik pada hari tersebut…kalo tak kerana dia,aku dah mungkin tiada lagi…fikir2 balik,sahabat karib sekolah jugak yg selamatkan nyawa aku…
Petang sikit aku dh oke..ada kawan2 dh mula dtg melawat antaranya Hazman dan Suzana.Thnks sbb sempat lawat aku walau aku baru masuk ICU.Zana siap buat lawak merapu lagi ngan aku..ekekek..dan petang tu juga kakak ipar aku Syina dari Ipoh pon datang.dgr cerita mertua aku dan adik ipar aku dr KL pon on the way datang..Mak aku dan adik aku pon turut datng dr Ipoh..kesian depa..sebab JAUH!yerla Ipoh-Manjung dalam 80km jugak,mmg x jauh ikut dr segi jarak tapi jalannya ya amat susah sbb lori treler berlambak,kereta,bas etc dr Lumut(kaw. pelabuhan)..
4 hari aku di ICU Manjung.Aku tak dibenar turun katil.kencin berak smua kena atas katil.badan aku naik lenguh2 sebab baring 4 hari straight!!.dada aku dh oke..hari2 aku kena amik darah,kena ECG,BP aku diambil auto each 30mins dan ubat makan siang malam.BP aku agak rendah..Injection sana sini usah ceritala..aku dh lali semua tu pon. Nurse di ICU semua oke dan friendly dan aku puji HSM sebab fasilitas semua cukup ,nurse semua bagus2,layanan A diberikan.sepanjang di ICU rasanya 2,3 org jugak patients meninggal!!tapi aku sikitpon x rasa terjejas,mybe semangat aku kuat (teringat aku Ayah Pantai Perai,Sg Petani pernah bagitau yg aku punya semangat luarbiasa dari keturunan aku, masa zaman aku di’lapah’ satu ketika dulu).doctor pon heran..sebab bila aku cerita masa jadi kat umah job weding aritu,aku actually sampai TERMUNTAH..doc ckp slalu org dh tahap termuntah tu, 'Hayat' nya tak lama...tp dia heran,aku bleh 'survive'...
Aku dh mula boring duduk hospital..doktor pakar dh melawat aku 3 hari dan kami berdiskusi pasal medical aku,rekod lampau,rootcause,and next follow up action..punca aku kena attack masih tak pasti tetapi doctor akn buat surat follow up ke Ipoh GH utk dibuat check up.Namun doctor mengesyaki yang aku kena attack sebab aku tak cukup rehat, stress tambahan aku baru habis 3 minggu intensif di USM dengan tak cukup energy,tidur yg kurang dan rehat pon kurang(aku mmg ada cerita psl intensif kt doc).
Akhirnya on 30/12/2009 aku dibenar discharge dr HSM(hosp.seri manjung).aku diberi MC selama sebulan hingga 26/01/2010.Wife drive aku balik umah.
Dikesempatan ini aku nk ucapkan pada semua yg datang melawat sepanjang 5 hari aku di spital i.e Mizan,Yong n family,Achik n Apai dr KL,Abah, mak aku dan keluarga aku dr bt gajah,Hazman,Suzana, Rehan, CC Halidi,CC Mahadi,SI Keb 69 Komando,semua staff pej aku dr ofis 69 Komando Ipoh(sanggup dtg dr jauh),Azrul Kuchik dan kawannya dr UTP, Bob 3 Line & girlfren nya yg ramah, Alang & Angah n wifey dr Ipoh,Ismi n Dahalan(pengantin), Syam dan Alina(sbb kasik wife aku tido semalam umah korg di manjung), EO Nizam aka Pot PMC(EO HSM dan kawan aku-byk tolong urusan wife aku di kaunter bayar dan admit ward Melur),Kim dan kawan2 lain yg hantar sms dan call dan yg doakan kesihatan aku.Terima Kasih semua.dan terima kasih kpd smua nurse di ICU HSM serta doktor2 yg merawat aku.jasa kalian utk memberi nafas kpd aku aku kenang smpi bila2 hanya Allah yg mampu membalasnya…
Begitulah kisah penghujung tirai 2009 kian berlabuh utk diri aku di mana aku masih diberi kehidupan dan masih boleh melihat dunia hingga kini.Aku sentiasa berharap agar umur aku akan panjang dan bisa hidup terus dan terus demi keluarga aku..
Apa yg aku mampu rancang dalm waktu terdekat ialah aku terpaksa berhenti dari buat job wedding photography selepas ini sungguhpon itulah kategori fotografi yg paling aku minat…dan bermula 2010 maybe aku dah tak akan buat job wedding dah,kecuali job ringan2 maybe mcm family photo, potret or post wedding sahaja maybe…nak buat macamana..health aku yg paling penting sekarang sebab aku diperlukan oleh orang2 yg menyayangi aku lagi..
Sekarang aku perlu merehatkan diri aku secukupnya di rumah….
End.
Bank Islam Perkenalkan Aplikasi Dan Web Perbankan Baharu
24 minutes ago
5 comments:
aku berdoa agar ko kembali sehat sepenuhnyaaa..
salam. akak juga doakan ko sihat semula...byk2 lah berehat...
cepatlah sihat wahai sahabatku... boleh kita nembak bersama...
"Apa yg aku mampu rancang dalm waktu terdekat ialah aku terpaksa berhenti dari buat job wedding photography selepas ini sungguhpon itulah kategori fotografi yg paling aku minat…dan bermula 2010 maybe aku dah tak akan buat job wedding dah,kecuali job ringan2 maybe mcm family photo, potret or post wedding sahaja maybe"
~ aku akan ingatkan kamu balik statement ni kalau degil je ropernya nanti...hahahaha
Photography utk hobby udah le Epoi. Bwk byk2 berehat.
Post a Comment