Thursday, February 4, 2010

~AnAk-anakKu bUAtKu GembirA~

Photobucket
kredit gambar ihsan internet

yeayyy! Ayah Gumbira Today!
pagi tadi anak sulung aku si muzzammil bersuara., "ayah, may dah naik Quran semalam..lupa nk bagitau ayah semalam"...
aku terus usap kepala dia dan wish ayat2 yang menyenangkan dia...antara ayat aku,"alhamdulillah. ayah tak kisah kamu lambat daripada Adzam pun takper, ayah pon bukan marah kamu..janji kamu yg pandai berusaha sendiri..tu pon dah buat ayah bangga".
dia tersenyum...

anak sulung aku tu darjah 5 tahun ini.manakala adik dia si Muadzam tu baru darjah 3. Muadzam dah naik Quran tahun lepas masa dia darjah 2. wife,aku sedekahkan pulut kuning kat masjid.mak aku yang masakkan.kami upah le mak,bukan tolong kosong.yang si kecik baru umur 5 tahun kami hantarkan ke TASKI ABIM...tupon dh tak sabar nk ke sekolah hari2..ekekek..segak rupa dia pakai baju melayu hijau..heeheh..jangan kamu mengorat anak org udah Muzzaffar oii...ekekek..mlm ni tadi di'ajar' nya aku doa tidur..hehehhe...

rutin anak2 aku memang agak ketat.especially tahun ini. depa mengaji Quran sebelah tengahari di Taska tempat aku hantar depa. Ada Ustazah.Pagi depa sekolah. Balik sekolah tahun nih bermula, jam 3 ptg depa dh pergi ke Sekolah Agama Rakyat, belajar tauhid,akidah, feqah,sirah, tilawah, akhlak, ibadah, arab dsb...manakala setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat, dua2 beradik itu akan ke kelas tuisyen pulak start 8-10 malam.fffuhhhhh....kalo aku dulu mau pengsan!!!
tapi masa kecik2 pon aku dihantar ayah ke sekolah agama rakyat lepas habis sekolah.aku berjalan kaki sejauh 2 kilometer. malam plak mengaji Quran plak di rumah Opah Itam(jiran kami). sekarang anak2 aku plak aku ajarkan begitu.Mudah-mudahan bukan dunia sahaja dikejar, insyaAllah akhirat pon kita berjaya. Itu yg ayah aku pesan.arghhhh..sedih plak teringat arwah ayah aku..al-fatihah.

Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)

jangan kita bezakan anak. semua anak2 kita adalah anugerah Allah ,buruk atau baik perangai depa,sempurna atau cacat kah mereka, cerdik atau lembabkah mereka, putih atau hitamkah kulit depa, depa tetap zuriat kita..darah daging kita sendiri.

umpama kain putih yang kita kena corakkan. mereka tak tahu apa. mereka perlu dibentuk. tetapi bentuk janganlah hanya input dunia, input akhirat pon amat penting.malah aku anggap itu yg no 1. kita sebagai mak ayah ni hanya tumpang gembira sahaja melihat kejayaan mereka...tak perlu pulak kita mintak balasan dari mereka bila dah berjaya kelak..mak ayah kita dulu ada mintak gantirugi or balasan dari kita tak hingga kita boleh teguh berdiri sehingga kini???TIDAK KAN?dan janganlah pulak jadikan anak sebagai 'mesin' atau 'robot' atau 'product untung' dan kita pulak sebagai operator mesin, pengawal remote yang seolah-olah menggunakan anak sebagai kepentingan untuk kautan untung di masa depan...
ingatlah: ibu bapa kita pon tidak pernah lakukan begitu terhadap kita.cukuplah ditanya, adakah jasa mereka terhadap kita telah terbalas secukupnya???daripada zaman kita pakai lampin , disuap nestum dan kanji, hinggalah berjaya ke menara gading?

anakku, ingatlah segala pesanan ayah. dan ingatlah:

FIRMAN Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 23: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika seorang daripada keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan ‘ah’ adalah tidak dibenarkan.

“Dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun).”

arghhhh, aku mula teringatkan arwah ayah dan mak aku di kampung...