Monday, May 10, 2010

:::Pelita Api Melayu:::bukan sebuah cherita yg direka-reka

sejenak terkenang aku kepada pahlawan-pahlawan lama Melayu.
yang dahulu mengorbankan diri menentang penjajah, menjaga keamanan negara, mempertahan kedaulatan kerajaan dan negara.
Melayu sekarang tidak harus melupakan akan saat-saat lampau, yang membolehkan jasad kita berdiri teguh hingga sekarang, kerna keturunan kita telahpun dipertahan turun temurun oleh datuk, nenek moyang kita dulu...

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

dengan beberapa keping gambar yang aku ceduk dari internet dan sebuah klip lagu dan lirik lagu bernafas segar oleh gabungan anak2 Melayu, aku abadikan sebagai tanda, MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA!!!




Pelita-A.P.I

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

selagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kanku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita, Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya…….


AYUH !!!JANGAN KITA LEKA DAN LALAI DENGAN DUNIA SENANG KITA!!!
BERJUANG DAN TERUS BERJUANGLAH!
KERNA MELAYU JIKA KAMU GAGAL, DI LUAR SANA BERPUSU-PUSU 'ORANG LUAR' MENCARI PELUANG!!!

~dabel trabel~the Dday

Photobucket
Photobucket

alhamdulillah..aku selamt pergi dan selamat pulang ke rumah dengan selamat..
singgah rumah Sam,dan kami jumpa BAkhtiar(Yeer) kt stadium..kawan2 Sam pon ada yg join kami...aku dgn adik aku,Wan.
mula2 bila dh masuk stadium,perasan aku berdebor..takut2 aku tak boleh lepas dari 'kelemasan' crowded yg terlalu ramai giler malam itu..
ramai jugak orang pengsan..bayangkan..inikan pulak aku yg ada heart problem nih..
tapi..fffuhhhhh...lepas jugak aku...!!!

ni gambar crowd yg ramai giler(anggaran 20K lebih) dr pandangan VIP Room yg disnap oleh saudara Eddie,tokey Red Garage(mintak izin eddie,amik gambar hang boh lam blog aku).bukan apa..nk tunjukan bahawa penangan kump. muzik malaysia masih dahsyat lagi..
Photobucket

enjoy giler hari tuh..worth it bayor tiket rm70 sebab byk lagu yg depa main..Wings & Search,LU ORANG TETAP ROCK!!!!