Sunday, October 31, 2010

.:LoVe fAmiLy:.

Aku tak boleh langsung berpisah dengan keluarga aku...merekalah nyawa dan badan aku. Alhamdulillah, mereka kurniaan Allah yang terbaik buatku.
Photobucket
Photobucket

Terima kasih Allah dengan kurniaan tak terhingga ini....

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'---
-firman Allah swt dalam surah Al-Rum ayat 21

Suka untuk berkongsi beberapa tips untuk membina keluarga bahagia:
  1. Bersikap jujur antara satu sama lain.Ini adalah faktor paling utama.
  2. Dengarkan keluhan pasangan anda dan menganggap serius perasaan pasangan kita.
  3. Apabila berlaku perselisihan dalam keluarga sebaiknya dibincangkan bersama suami / isteri sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut dan tidak menimbulkan kebencian dalam keluarga. Andai kata tidak berhasil, dapatkan khidmat orang ketiga yang dapat menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  4. Tunjukkan pada pasangan anda bahawasanya anda mencintainya. Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta anda adalah dengan mengatakan khalimah “I love You” seikhlasnya.
  5. Peruntukkan masa bersama berdua sahaja tanpa diganggu dengan anak-anak.Minimal setahun sekali.
  6. Janganlah sekali-kali mengungkit-ungkit perkara keburukan yang sudah berlalu. Belajarlah dari kesalahan tersebut dan memperbaikinya.
  7. Percayalah kepada pasangan.Apabila anda ragu-ragu padanya,mohon ampun kepada ALLAH swt dan ungkapkan kepadanya tanpa menyakiti hati pasangan anda.
  8. Pada saat pasangan anda berbicara, pandanglah wajahnya sehingga dia mengetahui anda sedang memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang ingin dia bicarakan.
  9. Apabila berlaku pertengkaran, jagalah perkataan anda ( jangan sampai mengatakan sesuatu yang akan disesali nantinya) dan berusahalah tetap tenang dan berusahalah untuk tetap duduk.
  10. Jagalah rahsia hubungan anda berdua. Apa2pun sentiasalah berdoa kepada Allah jika sesuatu dugaan datang kepada kita.
InsyaAllah...

Sunday, October 24, 2010

::KiDs::~aDeK bOnGsU~ pt II dan Anniversary ke-12

Photobucket

gambar di atas adalah salah satu dr koleksi2 gambar yg diambil semasa hari ulangtahun perkahwinan aku & wife yg ke-12 pada 16/10/2010 baru2 neh...kami bercuti ke satu destinasi yg jauh dari hiruk pikuk dan jerebu dan hingaq binganq bandaraya, serta dari kekecohan manusia2 yg tiada kesudahan.
pagi pd 16/10 tuh aku sempat bawak famili melawat rumah mak kecik dan ayah chik di bkt beruntung , ada sikit doa selamat sempena pemergian mereka ke mekah(dijangka bertolak pada 27/10).dah setel di bkt beruntung,aku challo ke tempat percutian itu dan tinggal 1 malam di sana.alhamdulillah, terasa ringan kepala...no facebook, no blogging,no calling2, dlm tempoh hibernation itu..ekekke..melainkan aku & wife happy bersama anak-anak sepanjang masa..

alhamdulillah,dh 12 tahun mengharungi badai bersama-sama,sungguhpon kadang2 ada pertikaian,kerana sedangkan 'lidah lagi tergigit,inikan pulak suami isteri'... namun bersyukur ke hadrat Illahi kerna dgn kuasaNya, limpahan rezekiNya, kami masih utuh,malah bertambah erat hingga ke hari ini...dan persahabatan yg kami jalin dr zaman sekolah(1987) kekal hingga hari ini, yg dh menjangkau 23 tahun!!!!
sempena ini,ku hadiahkan lagu maher zain di bawah khusus utk wife aku dan juga para2 isteri di luar sana...



I LUV U,SABRINA....


~bArAnG keSAyAnGAn dAh diJUaL~

Photobucket

bebaru neh,1 item kesayangan aku dah dijual.
Lense putih 'berbahaya' aku Canon EF 70-200f2.8L dijual pd seorg chinese.pagi aku iklankan dlm Photomalaysia.com,petang deal,mlm trus diambil COD oleh buyer.begitu mudah bila menjual barang panas ini!!!!almaklumlah...lense nih antara buruan.kalau depa nk beli baru pon pelaburan mau dlm rm5-6K...
aku bukan takmo pakai dah lense neh,tp memandangkan aku dh mcm ni, dan lense tu plak dh rasa terlalu berat bagi aku,kalo attached kt body 7D aku lagi laa...maka aku jualla drpd dok bersawang nanti,kesian la plak...
merata dh pegi lense neh ikut aku ..setiap kali job wedding pasti bawak.pastu masa aku ke Bali, Phuket, dulu pon, usaha jugak bawak jalan skalik..ekekkeke..sebab lense neh power dia boleh amik zoom dan skodeng...hahahhaha...
skrg..no more..rindu plak aku pd dia..huhuhuh...
barang yg lepas jgn dikenang, ye dak?
TAPI,skrg dh ada pengganti juga...satu lense 'L' berjalur merah yg lebih ringan tetapi lebih sharp telah pon berjaya dibeli..hahahha...
patah tumbuh hilang berganti la pulak...ekekkeke...

Thursday, October 21, 2010

~Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat~

Kisah dibawah aku dpt melaui sharing di email..tidak diketahui kebenarannya,walaubagaimanapun, kita ambil ia sebagai peringatan dan iktibar.walhualam.
gbone

Dapat melalui email sumber tidak dapat disahkan yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan:

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada

malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

Wednesday, October 20, 2010

~RaSiSkaH? vs jUstiCe Kah?~

ISU 1

Dua pengetua kena tatatertib(SUMBER BHARIAN)

2010/10/19

Tindakan dilaksanakan selepas mengaku buat kenyataan berbaur perkauman

KUALA LUMPUR: Dua pengetua, masing-masing dari sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, digantung tugas ketika prosiding tatatertib berjalan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SMKTARP), Kulai kini ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor, manakala pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau (SMBS), Sungai Petani di Pejabat Pelajaran daerah Kuala Muda, berkuat kuasa 23 Ogos lalu.
Beliau berkata, tindakan ke atas pengetua SMKTARP yang kini dalam prosiding tatatertib diambil berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Tindakan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira faktor bahawa pengetua terbabit membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak berkenaan.

“Permohonan maaf itu dibuat pada perhimpunan mingguan, di bilik gerakan sekolah ketika pertemuan dengan guru bukan Melayu sesi pagi, di kantin sekolah dan dari kelas ke kelas,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pengetua berkenaan dihadapkan dengan tiga pertuduhan kerana membuat pernyataan yang berbaur perkauman dan diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari.
“Pengetua SMBS pula diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan pegawai berkenaan sudah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terbabit,” katanya.
Katanya, insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

KOMEN: KEDUA-DUA CIKGU MELAYU TSBT DIGANTUNG TUGAS??BERAT HUKUMAN KALAU DIIKUTKAN TUH...SBG PENJAWAT AWAM,JIKA DH DIGANTUNG TUGAS TUH DAH MACAM MASUK PETI AIS..LEPAS NIH BEKU JERLAAAA....

ISU 2

Kes baling surau: 3 remaja didenda RM2,000

Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.

Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.

Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary.

Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi 23 Ogos lalu.

Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.


KOMEN: RM2K SAHAJA DAH BLEH LEPAS?MACAM TU SHJ?UNTUNGLAH 3 EKOR ANAK CINA TSBT.
LEPAS NIH RAMAI LAGIK LA YG BUAT KURANG AJAR DGN MASJID/SURAU NIH!!WALHAL YG DITUDUH BALING MOLOTOV COCKTAIL GEREJA ARITU SIAP KENA PENJARA LAGI....

ISU 3

Klip video Namewee: Empat laporan polis dibuat di Johor(SUMBER BHARIAN)

30/08/2010 2:42pm

JOHOR BAHARU 30 Ogos — Polis mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.

Laporan pertama dibuat kelmarin di IPD Kulaijaya dan tiga lagi laporan dibuat semalam di Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai, kata ketua polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi kesalahan seterusnya pelaku boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun.
GAMBAR IHSAN OHARTIS(sewaktu poster konsert namewee kena diturunkan baru2 ini):
Photobucket

KOMEN: AIK???BELUM AMBIL APA2 TINDAKAN LAGI PD MAMAT NEH? TAHUN2 YG LEPAS KECOH RAPPING ISU 'NEGARAKUKU', LEPAS TU ISU 'FU*K TNB', THEN MENCARUT FU*CK SANA, FU*K SINI MENGUTUK KEMENTERIAN PELAJARAN DSB...KES YG DULU PON MANA DE APA2 TINDAKAN PON...AMIK STETMEN JERR...APA, KUAT SANGATKAH "PERTUBUHAN/KUMPULAN2" DI BELAKANG DIA YG MEMBELA DIA NEH???SMPI KRJN PON TAKUT NK AMIK TINDAKAN??? IMMUNE /KEBAL SGT KAH MAMAT NI???

ISU 4

Kes Sosilawati: Dua lagi didakwa, dipenjara selepas mengaku salah

TERKINI @ 10:40:50 PM 15-10-2010
October 15, 2010
Suresh (kanan) dan Sarawanan selepas dikenakan hukuman penjara tujuh tahun kerana membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. — Gambar oleh Choo Choy May
BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.

KOMEN: 7 TAHUN PENJARA..HAHAHAH..YG NI LAGIKLA TERUK..DH BUNUH, BAKAR, BUANG KENA 7 THN SHJ???MAKAN KACANG JERLA DEPA DLM LOKAP TUNGGU KELUAR BALIK...


AND JUSTICE FOR ALL....


Tuesday, October 19, 2010

::KiDs::~aDeK bOnGsU~

Photobucket
Photobucket
lama dh tak upload gambo my kids..
just nak mulakan dengan sikecik neh dulu..
Fathul Muzzaffar Shah, 5 tahun...besday dia lambat lagik tapi dah siap kira hari dah dan dh bitau nk hadiah itu ini..ekekek..
tak madan nyer ada asma dia neh..ligat nk mampuih..tercungap2 aku melayannya..tapi apa2pon dia manja dgn aku.kt opis pon hari2 aku dok teringatkan dia jer,bukan mak dia..ekekeke..baca dek bini aku neh kena ketuk nanti..mybe dialah zuriat yg terakhir aku dan wife..sebab doktor dh nasihat my wife jgn preknen lagi demi health dia...
Photobucket

lepas2 neh aku upload gambo abang2 dia lagik 2 org tuh..tp bila ntah..sibuklaaaa..ASS-ignment byk nk kena pulun..
adios..

Tuesday, October 12, 2010

.:15 Perkara Yang Mengundang Bala:.

salam..just nak sharing..

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki,beredar dikalangan orang-orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

4. Suami taat pada isteri-(menurut kehendak isteri dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak menderhakai ibunya.

6. akan tetapi anak tadi (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7. Ia juga(anak tadi) suka menjauhkan diri dari bapanya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11. Arak diminum di merata-rata tempat dan berleluasa

12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

14, Banyak jenis muzik dimainkan dan didendangkan

15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan dan melaknat generasi yang terdahulu(para sahabat terdahulu). Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Sabda Rasulullah SAW:

1) “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)”. (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2) Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)

3) Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Rasulullah SAW bersabda:

“Sebelum berlakunya hari qkiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi” (Hadis riwayat Ahmad)



adakah perkara-perkara di atas sudahpon berlaku sahabat2ku sekalian??

ADAKAH??

lihatlah sekeliling....

mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah...dan mempunyai keimanan yang KUAT.amin

gbone

Friday, October 8, 2010

.:GenG GGB meNYeRaNg rAYa @ tERAtAk KaK ZiE di BAnGi:.

pada 3/10/2010 aku bawak famili aku ke Bangi, sbb dijemput open haus one of our GGB members, kak Fazilah(kak zie). kak zie nih senior kami(kami--merujuk aku & wife aku) di Bainun dlu.atas kami 3thn.even GGB members yang dijemput,namun ada jugak diopen pd sesetengah member 'luar'...hehehehe..
GGB tu apa plak?
haaaaaaa...GGB tuh nama grup kami di facebook dan ahlinya terdiri drpd 'budak2 gila' ex-Bainun yg terpilih, setiap batch setakat nih ada dlm grup kami nih..bukan segaja pilih each batch tetapi secara kebetulan shj...sori,kami bukan satu pakatan or apasaja..xde masa kami nk buat pakatan rakyat whatsoeva..please....tu prangai budak2...hahahha...

members kami kebanyakkan dah berkerjaya agak 'baik' le juga..itu pon bukanlah diskriminasi..pon secara kebetulan jugak...sebenarnya golongan apa pon x kesah..alahhhh...masih tak terangkan apa GGB tuh ek??rahsia beb..mcm KGB jugak..satu gerakan sulit ..wahahahha..nama-nama ahli kami pon dirahsiakan..ekekek...demi keselamatan dlm negara..feeeuuuhhhhhhhhh....smpi mcm tu..buat masa nih kami hanya ada 14 ahli.ramai yg nampak mcm berminat nk join,tapi kami tapis dulu...lihatlah,betapa sulitnya 'gerakan' kami nih(bukan parti Gerakan tau..ekek)
walau apapon,yang penting,kami bleh kata satu kepala dan ngam..dan yg bestnya,semua batch ada dlm group nih!!!xde puak-puak...sori heh..puak-puak tuh red indian jer yg buat..ekekek..

majlis tersebut berjalan lancar even ada member yg sesat sungguhpon ada gps canggih dlm keter dia yg canggih jugak..hahahahha...dan beberapa memberr pon gagal hadir sbb 2 org sedang berada di oversea (swiss dan italy), 3 org ada hal yg x dpt dielakkan...so,5 org gagal hadir..no sweat..thn dpn bleh buat lagi,kalo pjg umur..
majlis haritu jugak sempena perpisahan sementara kami dgn salah sorg lagik ahli,yg akan (telahpon) bertolak ke Jepun dan akan duduk sana lama jugak...sedih la jugak.

hermm layan jerla gambo nih:
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
dr maizura yg akan bertolak ke Jepun pd mlm tersebut...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

thanks Kak Zie dan Dr Zafir kerna menjemput kami ke openhaus yg hebat!
next time kita GGB berkumpul lagik,okeyyy....silaturrahim x akan putus..

hari nih pon last syawal..sudah2 la upload gambor raya ye..hehehehe...