Monday, August 1, 2011

~ramadhan 1432H datang~

Photobucket

terasa baru jer puasa thn lepas..dah datang balik..hmmmm...kali ni bulan 8 dah puasa..dan tarikh plak 1hb Ogos dh start 1st day puasa..
seperti kebiasaan, mulala henfon berbunyi2 mesej masuk,dari kenkawan yg menghantar mesej greet dan wishing macam2..ada yg kelakar,ada yg skema,ada yg sedih..

kreatif deme kalo bab2 reka ayat utk wish...
contoh antaranya:
" As'kum.Selamat datang ke penerbangan RAMADHAN AIR, pesawat No 1432H.Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan HAUS dan LAPAR.Penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakkan kerusi SOLAT.Hidangan AL-QURAN disediakan setiap masa.Alatan MENGUMPAT dan sebagainya tidak dibenarkan ketika penerbangan.Sajian menjolok mata tidak dibenarkan dlm pesawat"

lagi..
" DOa Tahan Puasa: Allahumma, baringsana, baringsini, wataktahan,wamaumati, walihatjam, masihlamalagi, takdenasi, watibaimeggi, nantilainkali, wakasiganti"

hmmm..lagiiii...
" ENTER the masjid, FORWARD your solat, DOWNLOAD pahala, FIREWALL your iman, BACKSPACE from syaitan, BOOKMARK to ALLAH SWT, DELETE Allah's enemies, COPY PASTE from the Al-Quran and Sunnah, HELP your muslim brothers & sisters, FILE your amal, EDIT your akhlak, VIEW your good & bad deeds, SEARCH the straight and right path, and insyaAllah you will never get 'VIRUS' "...

aku pon tak taula dr segi hukum adakah boleh mengubah dan menasihati sesuatu niat berkaitan hal puasa dengan benda2 lawak dan kreatif neh,TAPI yg nyata masing2 saling berpesan2 antara satu sama lain.mungkin dgn cara yang tersirat lebih memberi kesan mendalam dlm diri masing2..ekekekek...

Apa2pon...aku nak wish

"selamat menyambut Ramadhan bulan yang mulia kepada semua saudara seIslam.Moga kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan amalan kita kpd Allah SWT.Ampun maaf jika ada kesilapan selama ini"