Friday, September 25, 2009

.::EiD MuBaRAk @Batu GaJah,PeRAk::.

salam syawal kpd semua muslim...
tahun nih giliran aku sekeluarga beraya umah mak aku di Bt.Gajah..
ermm..antara yang baru dan tiada di tahun lepas ialah aku ada dua anak sedara baru beraya skali ngan kami i.e si Haikal dan Alessa..meriah la apa lagi..!!!
cuma masa 1st raya adik aku Zaki tak beraya skali ngan kami...so,Haikal pon tiada...depa dtg 2nd Raya..lagi satu aku dh ada penyakit baru thn ni i.e Jantung,hahahhaa..itu yg xde syawal thn lps..
malam raya tuh aku sempat kena Teh Tarik session ngan karib aku si N dan juga adik jemaah aku, si Nasik..Nasik dr KL dgn Citroen ZX 2 doors nya,cukup minat bercerita pasal kereta Continental jer skrg..lg pon dia tau dia bleh masuk sembang mende2 ngarut tu ngan aku sebab aku pon dh 2 thn pakai Alfa as 2nd car(sungguhpn aku dh x melayan sgt Alfa,pencen sebab concentrate pd bike jer skrg..heheh)..dr bab French Connection dia, bab Italian Mafia aku,smpi la bab dia tarik kereta kt KL,underground,upperground,langit,bumi,estet,lombong etc..kekekek
arghh...1st time aku x lepak lama mlm raya(slalunya smpi ke 4,5 pagi bru balik pon ada) sebab aku dh x heavyduty mcm dulu...so mlm tu jam 12 dh balik umah tido..elok le pon..umor dh makin tue,badan dh makin lusuh..ekekek

pagi esoknya spt biasa,slps solat subuh dan pekena lemang jagung dan mee kari sedap mak aku buat(sunat makan dulu sblm sembahyang raya eid fitri),aku ke kubur ayah dan datuk,opah aku..pegi sorang je pon..aku tau benda nih tak patut buat,dan tak semestinya time raya baru nk gi kubur..alahaiiii..aku pegipon bukan nk bersedih2..tapi pada aku adalah lebih baik aku pergi 'melawat & jenguk' depa,sedekah tahlil & fatihah ,berbanding orang2 yg langsung tak pernah pergi kubur emak bapak depa berzaman2,cucibersih kubur mak pak depa,tapi hanya pandai cakap berdegar2 saja..janji Allah tau niat aku..tu antara aku ngan Dia..paduli apa aku cakap orang!

balik umah,terus solat syawal,ajak anak2 aku skali,dan sesi bermaafan dgn famili,mak,adik2 aku,etc..
yg paling aku gembira thn nih,syukur alhamdullah,Muzzammil dan Muadzam PUASA PENUH..
gigih depa even belumpon khatan dan baru 8 dan 10 thn..
syukur..
nah terimalah gambar2 hari 1st raya..

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

1st raya tuh sempat jugak aku soh wife call abah dia dan adikbradik dia kt Tambun utk dtg BtGajah pekena Mee Kari ngan Lemang mak aku buat spesel tetiap tahun..
dan depa dtg jugak..siap bawak keluarga baru kami jugak i.e si baby giant Abu Nadjap(lahir Merdeka 31st Ogos)..ekekek..TQ.
petang tuh jugak kami challo ke Parit melawat Opah aku di sana..

moga bertemu lagi di syawal tahun hadapan...

Thursday, September 17, 2009

SALAM EID-MUBARAK 1430H

Photobucket
photolocation: Masjid Selat 09'

:::MoViE:::~rAyA dAGinG hAti LiMpA~

so touching these two videos..
i think that were Yasmin Ahmad touch...


LOVE YOUR MOM...



..AND LOVE YOUR DADDY Too...

SALAM EID MUBARAK TO ALL OFF YOU FROM ME & FAMILI...
gbone

Tuesday, September 15, 2009

.:TRAveL:.~pHuKet, tHaiLanD juLy 09 pt 2~

sambungan kisah yg lepas...

phuket although well known as one of the 'night heaven', but the city is quite 'clean' and well-manage by their ppl and 'dewan bandaraya'..hahaha..xde sampah sgt,dan bersih..
petang dan malam tu kami berjalan2 di persisiran pantai Patong(Thaweewong Road) tapi tak la smpi ke Bang-La Road yg'terkenal' tu..almaklumlaa..pergi dgn famili..ekekke..
Photobucket
tak bleh mandi laa..ombak siang malam dasyat2..kesian anak2 aku..main kt gigi2 air jer..
Photobucket
singgah sebentar tengok2 peralatan muay thai@tomoi siam..hahahha...tingat citer OngBak..
Photobucket
takde tripod,tapi aku blasah je letak atas pagor batu kamera aku...dan trus main slowshutter ngan timer je..nk masukkan building 'siam' kt blakang tuh plus light trail from kenderaan...
Photobucket

kat sini tak susah nk carik kedai/restoran halal..
malam tu kami singgah dinner di restoran Pak Arab..dan sementara menunggu makanan sampai, aku apalaga..snap photo laa..menambah koleksi potret2 anak2 aku:
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
PhotobucketPhotobucket
Photobucket
kebanyakan gambar di atas menggunakan ISO 800-1000 dgn 30D aku..semua Manual mode dan speed ada yg below 10sec dan maksimumpon 30sec shj...

kami order nasi,ikan bakar,spaghetti,tomyam,sotong dan beberapa menu yg dikira oke utk sekeluarga..harga? ermmm...lebih kurang je dgn Malaysia, tapi tempat2 mcm ni boleh tahan jugaklaa..yess...diakui, harga barang2 di Phuket agak mahal jugak...
lepas makan kami jalan2 semula..smpi aku terjumpa satu kedai asesori rider motor esp easyrider yg akan aku ceritakan ditajuk lain..ekeke..

THE NEXT DAY
erm..arini,kami plan nak buat road trip..lepas mandi swimming pool kat Hotel Ibis (ni yang anak2 aku dok tunggu hari2 deme tak jemu langsung!!), kami carik kenderaan apa nk bwk kami 1st nak pegi lunch..last2 kami pilih TukTuk..
TukTuk merupakan salah satu kenderaan tarikan pelancong dan method ini dikira berjaya dan tradisi yang harap2 jangan dibuang oleh kerajaan Thailand.Memang kenderaan ini cukup power,mampu memanjat bukit tinggi,praktikal dan low cost bagi pelancong2 yg mahu berjimat..kalo kt Langkawi ada benda nih,bagus jugak..
Photobucket
suprisingly, hard to find old type cars even 10 years back model on the road..semua kereta atas jalan adalah kereta model2 yg baru dan berumur kurang2 5-8 tahun..
Photobucket
kelihatan masjid di tengah2 town..
Photobucket
berenti amik lunch kt town..ermm..sempat bersembang dengan pekerja restoran yg tahu ckp melayu sebab asal dr pattani..
motor tu adlah motor kebanggaan rakyat siam rasanya...sebab semua local pakai motor tu..nk kata skuter bukan..tapi comei jugaa...

kami actually tak tau nk kemana..sewa TukTuk dlm RM50 dr pagi jam 11 smpi petang..
destinasi nyudahnya ke Zoo Phuket...hari pon hujan renyai...
Photobucket
Photobucket
tengok monkey show...
dan people show..ekkeke..
Photobucket
antara gelagat2 pelancong obersee...

to be continued...

p/s saksikan akan datang- pertunjukan man vs crocodile dan
gajah main bolaaa...ekekkeke...

sementara itu, ada sikit sajian selepas bukak puasa..ekekek:

dgn limited tool sebab aku malas bawak handycam aku, so aku just amik guna Henpon aje..
thanks SonyErics K800i aku..

Tuesday, September 8, 2009

.::MalaYSia - IndoneSia::.~ kenapa bisa begini???~

i'm just cut n paste from Berita Harian Mutakhir today:

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

PERSONALLY, I DON'T LIKE ALL THIS!!
WE ARE ACTUALLY UNDER THE SAME ROOF IN THIS NUSANTARA..KAMI JUGA ADA BANGSA JAWA, MENDELENG, RAWA, BANJAR, DLL MEANS WE'RE STILL FROM SAME WOMB..
I REALLY SUSPECT THAT THERE'S MAYBE SOME BAD INFLUENCE OR 'GAME' OR 'PROVOCATIVE' MADE BY SOMEONE WHO REALLY PLAY SHIT & TRY TO GANYANG BOTH OF US!!!

come on la indonesian semua!!!setelah puluhan dan bertahun-tahun kita aman,main BOLASEPAK bersama, main BADMINTON bersama, main SEPAKTAKRAW bersama, BERSILAT bersama, SOLAT bersama, BELAJAR bersama, TIDUR bersama, BEKERJA bersama, dgn hanya isu kecil,kita bisa bermasam muka???

mana pegi semua politician kita baik apa parti pon yg hanya bijak di pentas sahaja atau hanya akan biarkan ianya bakal tercetuss???BANGAnG!!

I DON'T LIKE!!!KECOH!!! AYOH!!!BERSALAMAN & BERPELUKANLAH SEMULA!!!

Sunday, September 6, 2009

.::WeDdinG::.~AZIZAH ~

Photobucket

aku sempurnakan dgn jalan perlahan, sebagaimana perlahannya degupan jantung aku ketika sakit...
aku mempertikaikan emosi yg berkecamuk melanda sel-sel di dalam otak..
sedang rasa dilemma itu masih melanda dalam diri insan yang kecil lagi hina ini...
samada perjalanan ini masih terus, atau sekadar singgah atau bakal sepi terus...

entahlah...
emosi ini bakal terus dikacau..
percayalah...
sehinggakan apa kaitan tulisan ini dengan tajuk yg dipilih??

Thursday, September 3, 2009

:::mUsik:::~mETaLAsiA live & riTz jamming CliPs~




meleleh hingus aku neok Ritz main start minit ke 6.40 smpi minit last...


aku agak frust bila metalasia dh lama tak keluar album..seolah2 band nih dh berkubur je..
since 1st album diorang aku beli album sampai la yg last.since CDnaz jadik vocal,smpi la si muix..antara yg masyuk ialah duet bersama Ning nyanyi lagu Puspasari..fffuhh..
tapi,skrg mana pegi band nih? sayangg..band bagus..last aku dengar King Shah dh bergiat dlm lumba motor superbike kat track..while sblm tu semua members dok buat xtvt skydiving!!!
heheh..minat aku masa depa dok pakai ESP Kamekaze...juga Ibanez 7strings..
aku harap band ini ada lagi...itu ajer..RUGI kalo lu orang bersara!!!

sumber : youtube
apa pon aku tetap support Local Scene...