Wednesday, June 30, 2010

KEHILANGAN

AKU KEHILANGAN BEBERAPA HARI INI...
AKU HILANG, SEBAB PERGI BERCUTI BERSAMA KELUARGA...
KE SABAH...

TETAPI KEHILANGAN YG PALING MENYENTUH PERASAAN AKU..
BILA DUA ORANG PAKCIK AKU KEMBALI KE RAHMATULLAH..
HANYA SELANG BEBERAPA HARI..

KEHILANGAN PERTAMA, AYAH WE AKU(ABANG ARWAH AYAH YG SULUNG) MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL BESAR IPOH PADA 24 JUN 2010 DALAM JAM 4 PAGI.BERGEGAS AKU KE GH SUBUH TU UTK BERSAMA2 SEPUPU AKU URUSKAN JENAZAH.DIA MEMANG DH UZUR KEBELAKANGAN INI.USIA DALAM 67THN.DAN DIKEBUMIKAN DI KAMPAR.

KEHILANGAN KEDUA, PAKCIK IPAH AKU(ADIK ARWAH AYAH) MENINGGAL DUNIA SELANG SEHARI LEPAS ITU.MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL PANTAI PUTERI IPOH PADA 26 JUN 2010 DLM JAM 10 MALAM.USIA DLM 56THN. AKU TAK DAPAT MENGHADIRI PENGEBUMIAN BELIAU SEBAB ADA DI SABAH MASA ITU.

KEHILANGAN INI MEMANG AMAT MENYEDIHKAN AKU.SEBAB DUA BERADIK PAKCIK LELAKI HILANG MACAM ITU JE.NAMUN REDHA LAH DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT.

DIDOAKAN SEMOGA KEDUANYA DITEMPATKAN DI DALAM GOLONGAN ORG YG SOLEH DI SANA.
ALFATIHAH DAN TAKZIAH.

MOOD SEDIH...

Monday, June 21, 2010

cHoPpErZ nigHt RiDe @iPOhToWn



video processed n edited: gbone
songs: oum pra ma pod(sek loso) & dissident agressor(slayer-judas priest cover)
buddies: kamal 'braders MG',tuan epoi 'braders MG',syedsetanbotak,mie tebu 'braders MG',fendy 250 'ex-iblis MG', Ja'a 'tokey',gbone-->semua samseng2 kampung nih..jgn memain!!!hahahah...cam kimek!

~wAbAk deMaM ~

ini demam bukan sebarang demam..
sakit bukan sebarang sakit..wabak ni memang sedang menular dengan cepat dan drastik sekali di seluruh dunia..termasukla negara kita.
antara sindromnya tak boleh tidur malam bawak sampai ke pagi, nak pergi kerja pon sakit kepala dan pening2,malah ada yg demam.
tabiat makan pon tak menentu.segelintir mula makan/minum tak ikut jadual.sampai ada yang makan berat tengah2 malam,sebab waktu lain dia tak berselera langsung.pengambilan gula dan kafein berlebihan juga berlaku.berat badan mula naik mendadak,malah sapa yang ada kencing manis,darah tinggi mahupon sakit jantung,dinasihatkan doktor supaya menanggung sebarang risiko yang bakal berlaku.ada jugak kejadian disebabkan wabak ini, mendapat serangan jantung tiba-tiba,dan yg paling malang MENINGGAL DUNIA.merokok satu hal..berkotak2 habis.duit pon terbakar sama.
fuuuhh...sungguh la bahaya wabak demam ini!!!!
keruntuhan ,kemesraan rumahtangga juga tegang dan renggang disebabkan penyakit ini!
anak bini mula terabai.pesakit sampai terpaksa keluar rumah demi mengelakkan pergaduhan di rumah, perebutan penyiaran, maka mereka mula melepak dengan kawan2 di kedai kopi demi ketenangan dan pertukaran pendapat serta meraih simpati.
wabak demam ini juga menyebabkan berlakunya dosa bergaduh,mengumpat,bertegang leher,meja terbalik, malah ada yang mengamuk, terutama bagi yang kalah dalam pertaruhan wang/berjudi!!
pa???berjudi???!!! yerrr...sudahlah tinggalkan keluarga, pi pulak berjudi di luar!!!!mana la tak berlaku ketegangan rumahtangga.pintu rumah ada yg berkunci,maka merempatlah golongan pesakit ini di rumah kawan-kawan atau ada yg tidur di dalam kereta. PADAN MUKA..ELokpon...tidaklah penyakit itu berjangkit dan menular kena satu famili,satu rumah.

ekekeke...itulah wabak demam BOLASEPAK...heheh..2010 adalah tahun Piala Dunia. 4tahun seklai kita raikan Piala agung ini. maka satu dunia lah yg menyambut bulan gila ini, di dalam bulan Jun ini.
aku juga tidak ketinggalan melayan sukan yg satu ini.memang aura dia lebih sesangat!!waktu game bermula 730mlm, 1000mlm dan seawal 2.30 pagi.uffff....tak larat la kalo tambah2 tengok game hari bekerja/weekdays.kalo weekend takperla lagi..
aku spt biasa,dr dulu minat Italy, Jerman juga team Asia,Korea Selatan.tapi Italia la no 1 pilihan aku.
thats why aku pon pakai Italian Pony aku dh 2,3 tahun...ekekek..tp kuda italy aku tu dh tak berjaga dh...hehehe..parking pon dh jauh sket dr umah aku sejak akhir2 ni.sian dia.
Photobucket

hermm..balik semula soal bolasepak.dh 10 hari jugak Piala Dunia berlangsung start 11 Jun arituh.TAPI kesimpulan aku sejak dh 10 hari nih, games semua tak berapa menarik.termasuk la Italy yg dh di'ambang maut' jugak.sakit hati tengok!!main macam haram jadah kali ni!dua games dh seri.next game nih kalo kalah,abislaa...lecehlaa...team2 power yg lain mcm France, Jerman,Spain main pon ntahapa2.bleh kalah dgn team2 yg tak disangka.yg menten smpi setakat ini adlh Argentina,Brazil,Holland,Paraguay. hermm..ntahlah...kalo Italy tak dapat ke final,aku vote Argentina atau Brazil pegi final.tengoklah nanti.

cuma apa yg aku nampak,seolah2 BOOKIE2 nih yg dh jadik dalang dlm faktor bola piala dunia 2010 kalik nih,MANDOM!!percayalah...ada sesuatu telah berlaku!!!percaturan dan perjudian kali ini nampak terlalu STRONG dan manipulate semua game2..ekeke..ni andaian aku jer(mentang2 la Italy main tak best!).
pastu dgn nada bangga juga aku nk bagitau yg BOLA juga sebagai punca...wakakakak..LAWAK KAN?disalah kan bolaaaaaaa pulakkkkkkk...ekekekekek..nama pon tak sedap... JABULANI...ekekek..cam nama maknyah juai kain jer...yerlaa..bolanya kali nih senang melantun,keeper tangkap pon tak lekat, pastu tendang,melayang2 mcm UFO...wakakakak...lawak..byk jugak managers team dan players komplen pasal Jabulani nih..boleh google cerita2 psl bola Jabulani nih...

hermm...so kepada semua kaki bola, bola2 juga.kalo dh bangun tido kui 2 pagi tuh,buatlah semayang tahajjud,hajat dulu..dah alang2..qiamulail la sendri2.dapat gak pahala.famili jgnlah abai..jgn la berebut remote plak dgn anak2,ng wife.kesihatan jaga.merokok jangan la melampau2,...janganlah makan megi memalam buta.minum ayor bergas,kafein,makan benda berangin mcm Kacang Ngan Yin memalam.tak elok.kolestrol,kalori tinggi semua tuh.paling penting.JANGAN BERJUDI.ingatlah pesan aku.
ciow.

Photobucket

.::TRAVEL::.~aPA aDa di puTRaJaYa~preview

Photobucket

Photobucket

nantikan aku haplod lagi...

::TRAVEL-tiArA bEaCh reSoRt::~a jaLAn CAri pAsAL pArt III~

Photobucket
Photobucket

hhurmmm..///banyak lagik gamba tak haplod nieh...

Tuesday, June 1, 2010

Untuk Mu Palestin

Misi bantuan LifeLine4Gaza kini sedang berdepan serangan tentera Israel laknatullah. 4 kakitangan media, wartawan dan jurukamera TV3 kini berdepan saat getir dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Semalam, 4 kakitangan media, wartawan dan jurukamera TV3, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin serta 2 krew Astro Awani berhadapan saat getir dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kapal Turki 'Mavi Marmara' dinaiki krew Astro, wartawan, Ashwad Ismail, 25 dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip, 38 tahun, dilaporkan diserang tentera komando Israel.Media melaporkan akibat serangan itu, 19 terkorban manakala 26 lagi cedera.



Untuk Mu Palestin
Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin