Tuesday, February 23, 2010

~BuY a Heli, my New wiVes~

22/2/10-the date i put my name in the grant & already registered @JPJ. ALhamdulillah, I hope this is the last driving machine (no 9th) i ever bought..cukup2 lah tu..
special thanks to Abg Ibrahim for the good price and the good chatting, and also the good business.
dealed with you, was a part of my life's memory that i'll never forget.
this Heli reg no also just almost similar with my waja number.just reverse.hehehe..for the time being, i will not sell my proton(never give me much problem since i used) and my italian pony, Alfa. i'll keep them as my 2nd,3rd & 4th wives..the three wives are from Japan,Malaysia & Itali..what a happy familia i got..ekekekekek..

of course, me & my familia will love the Heli much.
Thanks Allah, for this great given.

Monday, February 22, 2010

Bila Sahabat Masuk Hospital

Hari sabtu minggu lepas aku ke KL,sebab nk melawat seorang kawan kelab kereta PMC(ProtonmaniaCLub) aku, Irwadi Aki aka Wadi yang terlantar di hospital..
tapi disebabkan aku sampai pon dh jam 10malam,aku amik keputusan bermalam dulu di umah adik ipar di Puchong.
Besoknya ahad,baru aku ke KPJ Ampang Puteri dgn biras aku Apai Madrasing PMC,dan terus naik ke ICU tkt 2.Di sana jumpa plak dengan si Adi Audio 'OrgGiler'.kami masuk berdua.
alhamdulillah,dia dah sedar setelah koma since selasa.namun,kesiannya aku tengok keadaan dia.dah susut badannya,mata nampak pucat,badan lemah dipenuhi wayar sebagaimana aku pernah kena dulu.Sembang dgnmakdia,mak dia ckp berat turun sampai lebih 40kg!!!mulut tak berhenti2 mintak aku tuangkan air.dahaga katanya.tapi masa kat luar,dh dipesan kalo dia mintak air,jgn kasi.kesian aku.mau juga aku curi2 nk kasik air,tapi tengok line mcm tak clear,nurse ramai.
aku bagi isyarat suruh dia diam,jgn bercakap,takut penat,tp dia dh tak berhenti bercakap mintak itu ini etc.aku ingat kesan ubat dan sakit yg dia tanggung,jadik gitu.
apa yg mampu aku pesan,aku soh dia sentiasa ingat Allah,berzikir dan cool down.

cerita sikit pasal wadi nih,aku sebelm ni,tak ler berapa rapat sgt,sbb dia di KL aku di Ipoh.since aku join PMC 6,7 thn dulu(sekrg jer aku dh x brapa xtive dh),kami cuma dpt jumpa bila ada gath dan xtvt kelab.Dia adalah salah sorg ahli grup PEMILANC jugak(Kelab Pemilik Lancer)dan betapa aktifnya dia join kelab bukan hanya berkelab,tetapi dia dan kereta dia mengharumkan PMC,PEMILANC masuk race di trek Sepang,Bt3 etc.. masuk majalah usah cerita la keter dia.Lepas tu dia pon ada hobi mcm aku jugak,main MOTOR.tapi dia lebih kepada Nakedbike dan SUperbike.Banyak dh aku rasa duit mamat ni habis..ekekke..maklumla bujang lagi.
Photobucket
(gambar ihsan facebook wadi ni diambil oleh Mahazam)

Namun sejak tahun lepas,dia kerap call aku,chat ngan aku dlm Facebook,kontek aku.esp bila aku jatuh sakit dan dia pon sakit jugak.cuma masa aku detected jantung problem,dia plak,Asma dan Paru-paru.Latest yg attack dia,suspect jantung dia plak problem.Kami slalu online pasal sakit kami berdua,diskas pasal ubat-ubat,pemakanan,pantanglarang,sehinggalah ke perubatan tradisional.Sampai aku rekemen pakcik aku kat dia,yg bukak Darul Syifa Rawang,ayahchik Din.sebab aku soh dia ikhtiar cara moden dan Islam/tradisional.

hinggala ke hari ini,dia admit ICU dan koma.tu maknanya sakit dia dah teruk dan kritikal.
Wadi,aku doakan semoga kamu tabah hadapi segala dugaan ini.Anggaplah ini tanda kasihnya Allah pada kita.Sentiasalah ingat kekuasaanNya dan semoga kesihatan kamu bertambah pulih dan hidup kembali ceria seperti biasa.Amin.

Tuesday, February 16, 2010

Mini GatH ex-Bainun SaNtai@KuaLe

Date: 14/02/2010(Ahad)
Venue: Rumah Kim @ Pdg Rengas
Kehadiran: ex Bainun (tak kira senior or junior)

sedikit gambar event yg baru shj berakhir weekend lalu..
kehadiran agak memberangsangkan,ramai jugak yg sanggup datang dari KL(KE,Wan, Sam) dan Kedah(Jai),utk join event nih..lagipon seme balik kampung cuti CNY,kan..
Update kehadiran seperti berikut:
kim,eileen,shidee,lonaddi,yusnita,fakril ,azlin & famili,wan ainiza & famili,KE & famili,norizam & famili, miezan & famili, Fahrizal & famili, Sam & famili,Yusri & famili,MeorAzam da great,Hazman & famili,Tokya(sunggupon dtg sekejap), Alis & aku & famili.

apa2pon TQ pd semua yg datang.Jutaan terima kasih kepada Kim & Eileen sbb sediakan tempat dan BBQ,dan juga tempat sembahyang utk kami. juga Shidee yg jadik salah sorg chef masak nasik udang gorengnya..hahaha...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
sempat pi round2 sekitar masjid ubudiah,istana kayangan etc..
Photobucket
pekena laksa kat lembah
Photobucket
Photobucket
berkumpul dgn famili Sam n Yus kt Lembah
Photobucket
Photobucket
Pekena plak laksa kat Lubuk Merbau..tempat aku dan kawan2 since skolah dulu nih..byk kenangan..kenyang laksa plak dulu..kang BBQ umah kim,kantoiii...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Berikut pulak aku pinjam gambar2 dari 7D Miezan..TQ mizan:
Photobucket
kim sdg BBQ
Photobucket
Photobucket
Lon & Yusnita..loving couple
Photobucket
anak-anak Norizam sdg menikmati juadah
Photobucket
boleh caya ker Chef Shidee nih goreng nasik??ekekke
Photobucket
apa yg Wan & KayE sembangkan tu?tapi leceh..kapel nih cepat sgt balik...

Photobucket

meriah sungguh hari itu...nanti ada masa kita buat lagi...

"tidak kira dgn medium apa sekalipun, realiti atau maya, setiap perjumpaan/temu semula itu adalah tanda eratnya perhubungan sesama insan.."

Thursday, February 4, 2010

~AnAk-anakKu bUAtKu GembirA~

Photobucket
kredit gambar ihsan internet

yeayyy! Ayah Gumbira Today!
pagi tadi anak sulung aku si muzzammil bersuara., "ayah, may dah naik Quran semalam..lupa nk bagitau ayah semalam"...
aku terus usap kepala dia dan wish ayat2 yang menyenangkan dia...antara ayat aku,"alhamdulillah. ayah tak kisah kamu lambat daripada Adzam pun takper, ayah pon bukan marah kamu..janji kamu yg pandai berusaha sendiri..tu pon dah buat ayah bangga".
dia tersenyum...

anak sulung aku tu darjah 5 tahun ini.manakala adik dia si Muadzam tu baru darjah 3. Muadzam dah naik Quran tahun lepas masa dia darjah 2. wife,aku sedekahkan pulut kuning kat masjid.mak aku yang masakkan.kami upah le mak,bukan tolong kosong.yang si kecik baru umur 5 tahun kami hantarkan ke TASKI ABIM...tupon dh tak sabar nk ke sekolah hari2..ekekek..segak rupa dia pakai baju melayu hijau..heeheh..jangan kamu mengorat anak org udah Muzzaffar oii...ekekek..mlm ni tadi di'ajar' nya aku doa tidur..hehehhe...

rutin anak2 aku memang agak ketat.especially tahun ini. depa mengaji Quran sebelah tengahari di Taska tempat aku hantar depa. Ada Ustazah.Pagi depa sekolah. Balik sekolah tahun nih bermula, jam 3 ptg depa dh pergi ke Sekolah Agama Rakyat, belajar tauhid,akidah, feqah,sirah, tilawah, akhlak, ibadah, arab dsb...manakala setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat, dua2 beradik itu akan ke kelas tuisyen pulak start 8-10 malam.fffuhhhhh....kalo aku dulu mau pengsan!!!
tapi masa kecik2 pon aku dihantar ayah ke sekolah agama rakyat lepas habis sekolah.aku berjalan kaki sejauh 2 kilometer. malam plak mengaji Quran plak di rumah Opah Itam(jiran kami). sekarang anak2 aku plak aku ajarkan begitu.Mudah-mudahan bukan dunia sahaja dikejar, insyaAllah akhirat pon kita berjaya. Itu yg ayah aku pesan.arghhhh..sedih plak teringat arwah ayah aku..al-fatihah.

Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”(Abu Daud & Ahmad)

jangan kita bezakan anak. semua anak2 kita adalah anugerah Allah ,buruk atau baik perangai depa,sempurna atau cacat kah mereka, cerdik atau lembabkah mereka, putih atau hitamkah kulit depa, depa tetap zuriat kita..darah daging kita sendiri.

umpama kain putih yang kita kena corakkan. mereka tak tahu apa. mereka perlu dibentuk. tetapi bentuk janganlah hanya input dunia, input akhirat pon amat penting.malah aku anggap itu yg no 1. kita sebagai mak ayah ni hanya tumpang gembira sahaja melihat kejayaan mereka...tak perlu pulak kita mintak balasan dari mereka bila dah berjaya kelak..mak ayah kita dulu ada mintak gantirugi or balasan dari kita tak hingga kita boleh teguh berdiri sehingga kini???TIDAK KAN?dan janganlah pulak jadikan anak sebagai 'mesin' atau 'robot' atau 'product untung' dan kita pulak sebagai operator mesin, pengawal remote yang seolah-olah menggunakan anak sebagai kepentingan untuk kautan untung di masa depan...
ingatlah: ibu bapa kita pon tidak pernah lakukan begitu terhadap kita.cukuplah ditanya, adakah jasa mereka terhadap kita telah terbalas secukupnya???daripada zaman kita pakai lampin , disuap nestum dan kanji, hinggalah berjaya ke menara gading?

anakku, ingatlah segala pesanan ayah. dan ingatlah:

FIRMAN Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat 23: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika seorang daripada keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun seperti perkataan ‘ah’ adalah tidak dibenarkan.

“Dan janganlah engkau menengking atau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia (bersopan santun).”

arghhhh, aku mula teringatkan arwah ayah dan mak aku di kampung...