Monday, March 22, 2010

.:anOtHer dReAm ntAh ke BerApa:.

entry 2 thn lepas dlm blog ini ada aku tempelkan berkaitan 'mimpi' dan impian aku..
aku ni memang jenis suka mengimpikan sesuatu..
tabiat aku dari kecik..suka berangan..ekekke..
lantaklah..biorlah aku berangan..biorlah aku bermimpi...daripada mimpi 'basah',baik aku mimpi yang bagus-bagus...hehehhe...
apasalahnya jadikkan sesuatu yg indah itu sebagai inspirasi,kan?
mudah-mudahan,apa yg diimpikan jadik kenyataan..

balik dari IJN,sempat aku ke rumah makcik aku...itupun ada sebab..sebab yg tak dapat diceritakan..sebab yg terlalu personal..sebab yg jadik rahsia aku selama ini..biarlah rahsia...

mudah-mudahan Allah bagi aku kekuatan dan limpahi keimanan dan rezeki dan menjauhi aku dari segala kesulitan dan perbuatan buruk..Amin.
inspirasi dari rumah makcik aku, aku bawa pulang sebagai ole-ole,utk aku berusaha lagi..tidak kiralah apa pandangan org lain terhadap dia, aku tetap menghormati saudara-mara aku esp adik beradik arwah ayah atau mak aku,baik atau buruk,mereka tetap darah daging aku,tiada beza antara aku dgn siapa pun di kalangan mereka.Itulah yg diajar arwah ayah dulu.kenapa aku tidak berangan utk ke sesuatu yg lebih terbaik??contoh ke Tanah Suci?
sebenarnya siapa yg tidak berangan untuk mahu ke sana...tapi aku cuba 'melarikan' diri aku daripada memperlihatkan sesuatu cita-cita yang aku anggap terlalu sukar dan mungkin dianggap takabur untuk dinyatakan..biarlah aku 'selesa' dengan kenyataan-kenyataan yang biasa 'digunapakai',sedangkan yang biasa itupon dipandang takabur, dipandang sombong,malah riak di mata sesetengah orang Melayu Islam yg ku anggap cetek persepsi akalfikir mereka..smpi bila ianya tidak akan lari dari sikap dan sahsiah bangsa ku sendiri..

tentang angan-angan, itu sekadar mimpi dan satu inspirasi,samada jadi kenyataan atau tidak, ianya tetap impian dan mimpi indah...pedulikan.

it's how you live your life, not how long you live your life, even if it 's for one day..

end.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

No comments: