aku beruntung kerna berkesempatan hingga kini bekerja di admin salah sebuah unit elit yg memperjuangkan merdekanya negara semasa era 'bandits' satu ketika dulu. sungguhpon negara telah merdeka pd tahun 1957, tetapi perjuangan mereka2 ini masih belum selesai...
jika sebelum ini, 5 tahun aku di admin Pasukan Gerakan Am, sekarang aku di admin VAT69@Komando 69, Pasukan Gerakan Khas,Ulu Kinta.
sepanjang 6thn aku di sini,perkongsian kisah2 dari anggota2 lama yg masih belum pencen, bercerita tentang betapa payahnya mereka untuk menghapuskan puak2 pengganas satu ketika dulu.
ada yg hingga kini tempang, yg berkaki palsu dsb.tidak lupa juga ada yang sikit 'crack' urat kepala dan otak mereka..jgn main~main!!
antara kisah-kisah mereka serba sikit,boleh di baca di wikipedia, mahupun di beberapa blog,antaranya aku dapat dari sini--->HERO VAT69
sibuk sangat aku hingga tak berkesempatan upload gambar2 yg aku snap sewaktu berkunjung ke Kem Zabri,Tasik Banding,Grik tempohari.Kem Zabri merupakan antara lokasi tulang belakang VAT69.banyak kisah2 yg menarik di sini.dan nama Kem Zabri juga diambil sempena nama salah seorang officer yg terkorban, iaitu ASP Mohd Zabri Abdul hamid yang terkorban pd thn 1975 akibat terpijak jerangkap samar.antara amanat terakhir beliau : "Teruskan perjuanganmu... hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka... biarpun diriku tiada lagi!" kisahnya boleh baca di sini-->ZABRI
tapi takperlah..sempena kemerdekaan negara kita hari ini, ingin juga aku letakkan beberapa keping gambar trooper2 pejuang yang sentiasa berkhidmat untuk negara, hingga ke titisan darah mereka yg terakhir.gambarr2 ni actually aku ambil dh lama dulu,waktu Ujian Mara Lasak/Rentas Halangan.
JASA-JASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA SEPERTI INI HARUS DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.
Tak kisahlah ada sesetenagh orang yg suka mempolitikkan anggota keselamatan negara mcm polis,tentera, namun pada aku mereka pun manusia biasa yang hanya bekerja, mencari sesuap nasi utk menyara keluarga, mereka tak tahu apa, dan paling penting mempastikan keselamatan negara berada di priority no 1.aku berani cakap sebab aku berada di sekeliling mereka dh 6thn hingga kini, dna melihat sendiri depan mata aku, the truly of their life...
INGATLAH! Berfikirlah kita sejenak, tentang perjuangan orang dulu~dulu, sebelum kita banyak memikirkan apakah perjuangan orang zaman sekarang.Andai nenek moyang kita mati dahulu, kita pon tidak wujud di dunia ini!!!
AL-FATIHAH KITA SEDEKAHKAN KEPADA PEJUANG2 KEMERDEKAAN KITA YG SYAHID DAN TELAH PERGI...
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
yang di bawah ni jangan terpedaya..dia pon pejuang jugak..ekekek..
The 1910 Classic Boxing Gloves From Everlast
4 hours ago
No comments:
Post a Comment