Wednesday, December 29, 2010

~di AMbanG huJunG 2010~

salam,
sudah terlalu lama blog ini menyepi...bukan disengajakan..tetapi hendak menaip sedikit pon aku x mampu,apatah lagi nak haplod gambor2...semua kerana intensif USM pd kali ini amat 'berat' penangannya...juga kerana 'bekalan' assignment yang berlambak-lambak yg due date nya makin hampir sangat, i.e 31/12 dan awal bln Jan.
PErggghhhhh..memang lecturer USM neh dok ingat kami student PJJ neh dah macam student full time!!!subjek2 thn ni(aku bawak 7 subjek) pon semua tough2.credit hours kasik jerut tengkuk..semua 3 dan 4 jam kredit.nayaaa!!!!adehhhhhhhh...ni pon actually tgh struggle nyiapkan assignment lagi neh...ada 4 lagik!!nampak jer aku mcm tara papa,ceria kununnya esp dlm Fesbuk,tp hati Tuhan aja yg tauuu..adeyyyaaaaayyy...moga2 aku dpt lalui getiran ini dgn tabah, dan berharap kesihatan aku pon oke, xde blood pressure naik ke hapa...hahahahah...

hermm..hujung2 tahun ni terdapat perkara/peristiwa suka duka yang nak direnungi di mana ianya berlaku diambang 2010 menutup tirainya...
Photobucket
pertamanya ulasan aku tentang kemenangan Malaysia dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF SUzuki Cup 2010. Malaysia menang 3-0 di stadium bkt jalil pd 26/12 lalu dan pd hari ini, 29.12.2010 team kita berkunjung dlm akhir ke-2 di staium gelora bung karno,indonesia.Moga2 kemenangan menyebelahi team kita!!!Malaysia dah lama dahagakan piala2 yang berkaitan dgn game Bolasepak ini di peringkat luar...huh!!really???yesss..
tapi satu yang ralat dlm game sebelum ini, terdapat isu pancaran laser yg jadikan game itu kontroversi,smpi terpaksa berhenti dlm 5 minit sbb player indon tak puas hati..
Photobucket
laser???keh3....tak peronah dlm sejarah benda mcm ni berlaku..aku tgok masa game aritu,aku pon tension..menunjukkan betapa 'sakai' dan 'bodohnya' mentaliti penonton yg tak sudah2...bini aku pon heran aku dok maki2 depan TV..hahaaaahahah..last2nya mmg betoi..kecoh satu Indon,ngan 1Malaysia, isu laser bodoh neh..takde mende lain ke korang nak main woiiiiiiiii!!!??macam budak2....huh!!anyway,aku tetap mendoakan Malaysia dpt merangkul piala tu pulang nanti...VIva Malaysia!Viva Harimau Malaya!!!

Keduanya,tragedi eksiden yang tak sudah2 berlaku di negara kita.aku pon dh penat menaip pasal eksiden neh..dh pernah bincang dlm forum,dsb..adehhh..nampaknya eksiden dah macam benda wajib yang berlaku di Malaysia dan silap gaya boleh dijadikan acara bulanan,mahupun mingguan!!!yang terbaru dan paling tragis ialah kemalangan ngeri yang berlaku di jalan Spg Pulai-Cameron Highland yang telah meragut 27 nyawa pada 20/12/2010 lalu..
Photobucket
27 orang bukanlah jumlah yang sedikit, dan bukan kucing,ayam mahupun kambing yang mati tuh,tapi manusia!!!!!bukan mati kena bom, mati syahid di palestin dsb tapi mati sia-sia atas kecuaian.Sungguhpun kebanyakan yang mati adalah bangsa asing dan bukan Islam(warga Thailand), tapi mensia-siakan kehidupan, meringankan cara nyawa manusia dicabut, amat-amat mengecewakan sesiapapon...sungguhpun ianya sudah ketentuan Allah swt, namun sedkit sebanyak root cause nya adlaah dr human error juga..takziah kpd semua mangsa dan aku pon dh takut nk ke Cameron lepas neh..mana tau,on way balik ipoh,ada 27 org menahan aku nk tumpangggg...eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiii...

ketiganya tentang diri aku sendiri di mana syukur alhamdulillah, akhirnya aku dianugerahkan satu anugerah yang aku anggap tidak ternilai dr jabatan yang aku kerja. yang nyatanya bukan anugerah skrin or anugerah industri musik mahupun anugerah bintang popular B.Harian...wakakak..
Photobucket
tapi ianya anugerah perkhidmatan cemerlang( APC)..syukur, kepada ALlah,dan terima kasih aku kalungkan buat rakan sekerja aku di pejabat, CC vat 69, CC Briged Utara(tmpt lama kerja), staff2 aku, anggota polis juga pegawai2 atasan yang telah bekerjasama dalam kerjaya, hingga aku dinilai sedemikian rupa..Merasa juga aku dpt sijil yg ditanda tangan oleh TS Musa Hasan sebelum beliau bersara Ketua Polis Negara. Terima kasih..

LAst but not least, aku sikit keciwa sebab : tak dapat pegi ke Kuala Lumpur Bike Week pada 25-26/12 lalu di KL..juga tak dapat join gig yg sukar2 diadakan di ipoh iaitu Hitam-hitam Dalam Gua yang dibuat di Kepura Cave, Lost World pd 11/12..gilakkkk dlm gua main gigs!!!dan band2 yg main pulak seme otai2 ipoh metal militant!!!
semuanya sebab aku 'terlalu' sibuk dgn hal belajor...aku pentingkan lebih pd diri aku sendiri,biarlah aku tamak,tp tamak aku, untuk aku jugak,masa depan aku jugak...hal2 mcam itu pada aku,bila2 pon aku bleh dapat,kan? tapi kalo aku sendiri yang gagal, susahnya nk dapat kembali apa yang hilang....sedangkan anak2 aku yg cuti skolah pon aku dh 3 tahun susah benor nk bawak deme berjalan sbb time depa cuti akhir tahun, time itu jugalah aku plak pegi belajor ke Penang....dah 3 tahun aku telannnnnnnnn jer semua neh...takper..thn depan tahun akhir(kejap sungguh masa berlalu), insyaAlalh aku akan kado balik, aku bayar balik utang aku pada anak2 aku tuh...heheheh...

aku sibuk..nak sign off.tgh buat assignment Dr Rama. Jika tidak sempat, bertemu kita kembali pada tahun hadapan, 2011, insyaAllah...
adios amigos tres puntos...

Wednesday, December 8, 2010

.::kIDs::.~frAmiNg sAd~

Photobucket

Pengasas SYJ meninggal dunia

7/12/2010- IPOH: “Jiwa ‘rock’ arwah tidak pernah luntur dan ketika menerima rawatan di hospital, dia masih sempat bertanya perkembangan semasa SYJ daripada ahli kumpulan itu yang selalu melawatnya.

“Namun, sepanjang mengenali arwah dan lebih 50 tahun perkahwinan kami, arwah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Biarpun sedih, saya reda menerima takdir ini dan jauh di sudut hati, gembira dapat bersama arwah hingga ke akhir hayat,” kata Maimun Syed Idrus, 73, isteri Syed Yusuf Jamalullail.


Syed Yusuf Jamalullail yang juga pengasas kumpulan rock SYJ, antara kumpulan rock ‘perintis’ tanah air yang pernah menggegarkan dunia muzik tempatan era 80-an dengan genre rock keras, meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas lebih sebulan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan motosikal, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi kecederaan dalaman kesan insiden itu yang diburukkan dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi dihidapi sejak lebih 10 tahun lalu.


Arwah yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap berdekatan tempat tinggalnya di Kampung Manjoi, dekat sini, sebelum solat Zuhur semalam, meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, Syarifah Noraini, 55, dan Siti Noorsiha, 53, serta tujuh cucu.


Anak lelaki tunggal arwah, Syed Noor Eduat, yang juga anggota SYJ, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di HRPB akibat komplikasi paru-paru. Selain sanak saudara dan ahli keluarga, turut hadir pada majlis pengebumian arwah ialah ahli kumpulan SYJ, bekas anggota kumpulan itu dan anggota kumpulan Sofea.

Kumpulan SYJ diasaskan arwah pernah mencetuskan kontroversi dengan imej ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’ mereka. Mekap tebal dan muzik keras menjadi gimik SYJ.

ihsan dr -myMETRO

Orang Timur (SYJ)

Jepun pandang ke barat
Untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan malaysia
Pandangannya ke mana

Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu

( korus )
Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan negerimu
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arah mu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan


p/s Innalillah..semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt dan ditempat dlm golongan yg soleh.banyak kenangan aku dgn studio arwah di bazar bulat,ipoh satu ketika dulu.sedikit aku pernah kaver psl kenangan dedolu-->zaman thrash paling tak bleh lupa kena tengking selalu sebab selalu merokok dlm studio dia,pastu arwah selalu membebel pasal bebudak main thrash(termasuk grup aku 'solitary death'..keh3),sampai rosak cymbal2 katanya...keh3..tapi arwah tetap baik dan mampu gelaktawa...al fatihah utk arwah dan takziah diucapkan.