Wednesday, December 8, 2010

Pengasas SYJ meninggal dunia

7/12/2010- IPOH: “Jiwa ‘rock’ arwah tidak pernah luntur dan ketika menerima rawatan di hospital, dia masih sempat bertanya perkembangan semasa SYJ daripada ahli kumpulan itu yang selalu melawatnya.

“Namun, sepanjang mengenali arwah dan lebih 50 tahun perkahwinan kami, arwah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Biarpun sedih, saya reda menerima takdir ini dan jauh di sudut hati, gembira dapat bersama arwah hingga ke akhir hayat,” kata Maimun Syed Idrus, 73, isteri Syed Yusuf Jamalullail.


Syed Yusuf Jamalullail yang juga pengasas kumpulan rock SYJ, antara kumpulan rock ‘perintis’ tanah air yang pernah menggegarkan dunia muzik tempatan era 80-an dengan genre rock keras, meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas lebih sebulan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Allahyarham yang dimasukkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan motosikal, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi kecederaan dalaman kesan insiden itu yang diburukkan dengan penyakit kencing manis dan darah tinggi dihidapi sejak lebih 10 tahun lalu.


Arwah yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap berdekatan tempat tinggalnya di Kampung Manjoi, dekat sini, sebelum solat Zuhur semalam, meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan, Syarifah Noraini, 55, dan Siti Noorsiha, 53, serta tujuh cucu.


Anak lelaki tunggal arwah, Syed Noor Eduat, yang juga anggota SYJ, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di HRPB akibat komplikasi paru-paru. Selain sanak saudara dan ahli keluarga, turut hadir pada majlis pengebumian arwah ialah ahli kumpulan SYJ, bekas anggota kumpulan itu dan anggota kumpulan Sofea.

Kumpulan SYJ diasaskan arwah pernah mencetuskan kontroversi dengan imej ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’ mereka. Mekap tebal dan muzik keras menjadi gimik SYJ.

ihsan dr -myMETRO

Orang Timur (SYJ)

Jepun pandang ke barat
Untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan malaysia
Pandangannya ke mana

Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu

( korus )
Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan negerimu
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arah mu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan


p/s Innalillah..semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah swt dan ditempat dlm golongan yg soleh.banyak kenangan aku dgn studio arwah di bazar bulat,ipoh satu ketika dulu.sedikit aku pernah kaver psl kenangan dedolu-->zaman thrash paling tak bleh lupa kena tengking selalu sebab selalu merokok dlm studio dia,pastu arwah selalu membebel pasal bebudak main thrash(termasuk grup aku 'solitary death'..keh3),sampai rosak cymbal2 katanya...keh3..tapi arwah tetap baik dan mampu gelaktawa...al fatihah utk arwah dan takziah diucapkan.

2 comments:

Silverian said...

Otai rock yg tetap rock sampai tua....
Teringat zaman lepak kat Studio SYJ milik arwah dulu kat bazar bulat...masa tu zaman thrash, siap ada tampal kertas 'DILARANG BERMAIN THRASH DISINI'. Tapi arwah tak boleh kata apa sebab semua bebudak yang datang memang main lagu thrash...Alfatihah untuk Arwah Pak SYJ & anaknya Eduat.

JiMi said...

alfatihah..

hehehe..zaman kapak tetap da bomb..