Friday, January 1, 2010

!!!HEART ATTACK!!!

Photobucket

HEART ATTACK!!!
Salam dan selamat menyambut tahun baru 2010!
Entri aku kali ini sebenarnya tidaklah banyak berkisar mengenai tahun baru,azam baru,wishlist nu yer eve dsb.hehehhe..itu maybe entri selepas ini..mode 2010 masih belum lagi!heheheh

Tetapi ada beberapa ‘scene’ 2009 yang aku ‘terlepas’ utk diceritakan sebab berlaku beberapa insiden yg tidak diingini sewaktu menjelang penutup tirai tahun lalu dan aku telah terkandas untuk menulis perkara itu sebab tak dapat memegang laptop aku pon.insiden di mana melibatkan life n death aku juga.apa dia?hermmmm…suspen…
Pada 26/12 sewaktu menjadi official photographer bagi majlis perkahwinan di Bota Perak,aku telah diserang sakit jantung!malang lagi nasib aku apabila job tersebut hanya aku seorang tanpa dibantu.kejadian belaku selepas majlis pernikahan selesai sementara menunggu majlis resepsi berlangsung tengaharinya.
Dalam jam 11 lebih selepas makan keseluruhan ubat jantung, aku sambung balik tugas.memang enjoy majlis tsbt di mana aku mmg tak sabar hadirinya(since dr intensif USM aku dh bersedia utk ini!) seawal pagi lagi jam 8am dh terpacak di rumah pengantin utk sesi getting ready,sbb nikah dlm jam 10.
Tiba-tiba badan terasa panas,dada mula sakit berdenyut,muka mula berpeluhan,energy mula terasa kurang..aku rasa kian lemah.dada berdebar..namun aku cuba control hensem juga..heheh..hingga jam 11 lebih tu aku mula rasa tertewas.famili bride pon perasan ada yg nk beri air,nk kasi lunch,nk panggil ambulan etc..aku Cuma mampu tersenyum pd mereka dan kata, “ don’t worry,I’m still okay”..sambil senyum.itu je mampu aku buat utk elak kepanikan di rumah tsbt.yerla..tgh majlis kan..walhalactually aku dh sampa tahap 'termuntah'dlm toilet...means org kata dh ujung nyawa dh tu...
Yg nayanya ubat GTN aku terlupa bawak.aku call wife bgtau keadaan aku makin teruk.dan aku call sahabat aku,Miezan yg mmg dlm perjalanan ke majlis tsbt juga dr penang.
Lastly,Miezan sampai je terus aku bgtau dia utk assist aku ke Hospital berdekatan dan aku bgtau bride n family yg aku dh exhausted abis,terpaksa tinggalkan event dan kena ke hospital! Miezan bawak kereta aku dan meluncur mcm org hilang akal bawak kereta nk slamatkan aku pya pasal…heheh..mmg dh mcm seroper citer omputih,langgor trapik light semua cukup..utk ke HSM kira2 30km ke hadapan.dia guna GPS henfon dia utk locate lokasi hospital.

Azabnya Allah saja yg tahu


Dalam kereta aku dh rasa azab mcm org nak mati!nafas mula x cukup..dr laju ke perlahan…mata dh xbleh bukak sbb dh mcm nk pitam,aku x berapa sedar..dada sakit Allah saja yg tahu!!!mcm nk meletup dh rasanya..aku rasa hayat aku dh nak abis dan ajal aku dh nk datang..tapi aku istigfar,mulut tak henti2 sebut Allah dan aku kuatkan semangat pendekar aku agar aku terus di’hidup’kan.cuba juga nk angkat tangan tapi dh tak berdaya.gerak jaripon dh longlai…mata,fikiran mula terbayang wife dan anak2…sempit dada semakin ketara dan nafas kian sukar dan makin perlahan..aku mmg bleh rasa,dan itulah azab yg bukan direka-reka…..

Smpi HSM,aku trus ke kecemasan dan diberi GTN sebijik letak bawah lidah dan depa trus buat ECG n mmg detect aku kena serangan jantung tahap agak kritikal!kelam kabut beberapa HA dan doctor merawat aku,depa kasik drip ubat cair darah sebotol..sejam lebih aku di wad kecemasan,sakit dada masih tak hilang….aku bersuara ckp sakitdada masih teruk!sebijik GTN dicampak lagi bawah lidah aku…wife akupon smpi dr Ipoh dgn adik aku..aku lihat muka dia,baru semangat aku naik lagi..tapi sakit dada masih azab..dalam jam 2pm,aku dh diprepare dan ditolak naik ke ward ICU pulak..aku dh x sedar sgt..Aku cari Miezan dan dia ada tepi katil dan aku ucap terima kasih banyak sebab sempat selamatkan aku..
Dalam ICU aku dibuat ECG lagi skali dan graf aku ada peningkatan..tapi dada sakit lagi..menurut doc,aku dh diberi morfin utk kurang rasa sakit…GTN bawah lidah ada lagi dan aku pitam...ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzZZZ..aku jammed!!!gelap….
Sedar2,aku dh rasa lega sikit di dada..sakit yg azab sgt dh hilang sedikit demi sikit…aku tak dapat gambarkan sakitnya tapi itu baru sikit aku diuji Allah gamaknya..dlm ICU aku hanya dimonitor beberapa jururawat dan badan aku penuh dgn wayar,dan diberi bantuan Oksigen utk bernafas..Dada dh agak lega..


to be continued...

2 comments:

Anonymous said...

Salam yop..
aku simpati.. kuatkan semangat bro.. syukur alhamdulillah sume slmt.

miezanz said...

salam bro... moga kesihatan bertambah baik.... jgn stress sgt... aku hanya insan biasa yang diutuskan utk tolong ko hari tuh... maybe kalo sahabat lain pun akan buat gitu... pasal gasak keta waja ko hari tuh aku minta mahap sesangat... kalo ada saman ko bayo jer... sbb ada 2-3 traffic light yg GPS aku detect ada camera... hahahahah... anyway semoga ko cepat sembuh boleh kita menembak...