Monday, July 27, 2009

~Hilang~

pada malam 25hb Julai lalu, pengarah filem, Yasmin Ahmad telah 'hilang' buat selamanya dari industri perfileman tanahair..
satu kehilangan yang amat dirasai sebab kebanyakan filem, iklan arahan beliau amat menyentuh hati, semua masyarakat tak mengira bangsa dan agama...

Aku pun tidak terlepas meminati filem arahan beliau antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, yang terkini Mualaf, Talentime etc...iklan pula antaranya Petronas bila time hari raya, depavali, chinese new year, banyak digarap baik oleh beliau..teringat iklan 'ikan dilaut,asam di darat...', juga iklan anak2 yg bawa lembu atas rakit utk ibu mereka dsb antara yang menyentuh hati...juga garapan baik beliau memasukkan lagu 'Keroncong Hujan' dalam filem Mukhsin memang satu ide yang sukar difikir dgn fikiran kasar kita....


Yasmin, kehilanganmu tiada pengganti..jika ada pun, tidak sama...
Allah sayangkan kamu...
semoga damai di sana.....
amin.
alfatihah....

No comments: