salam semua...
benda yang tak berancang tuh slalunya boleh jadi..aku call Mizan & Kim pada malam Raya ke-3 utk plan "langgar" umah kenkawan kat Kuala Kangsar..maknanya esoknya terus nak buat benda nih..buakn ada agenda apa pon..
kontek punya kontek,lastnya dapat lah lebih kurang 10 org campur2 spouse dptla berbelas org...
so,hari raya ke 3 tuh berkumpul umah Kim di Pdg Rengas dulu..tu pon berjam jugak kat umah dia..
yg smpai umah dia dulu: aku ngan alis,then baru mizan,hisham fendi & famili,& yus & famili...
jenuh Eileen melayan kami semua...Laksa la..apa lagi..heheh..
pastu berbekal kan 2 buah kereta Continental,1 Honda, 1 Perodua,1 Proton,kami konvoi ke rumah Asri di Sayong..pon lama jugak melepak..borak2 cerita zaman skolah..kat sini Meor Azam sampai..pekena Laksa lagii..heheh...
habis di rumah Asri,semua konvoi termasuk Asri ke rumah mak Mat Yus di Lubuk Merbau..
perjalanan amat smooth tanpa gangguan tenuk2 ganas,mahupon babi hutan liar mahupon kura2 melintas jalan..melainkan insiden?????ekekkeke,,...malas nk cerita...
di rumah mak Yusri,kami sambung berborak2 sambil memakan laksa juga serta mee udang bersalut kerang dan yg susah kami nk jumpa,iaitu air sirap...Hazman pon sampai..bersama isteri...
keadaan serta merta berubah menjadi teratur..yg tadinya hebat bersembang hal curi megi etc, bila Man sampai topik terus berubah menjadi isu PPSMI,Saham,Bisnes Laksa,Intergriti dan pelbagai topik skema yg lain...
fffuhhh..betapa kuatnya pengaruh Man dlm topik itu...
ekekkek..
lastnya selepas bedal Laksa dan Mee sehingga licin kuali mak Yus,kami solat maghrib berjemaah dan berangkat pulang...itu pon dek kerana Mem Asri yg tak henti2 menelepon dia bertanya khabar dan tanya 'bila nk balik?'...ekekke
umur panjang,jumpa lagi Raya tahun depan....
atas adlh sebahagian drpd Canon aku...
ni plak sebahagian dari Nikon-Syam dan Man..
The 1910 Classic Boxing Gloves From Everlast
3 hours ago
No comments:
Post a Comment