Wednesday, December 16, 2009

.::mEdiUm yAnG baiK?::.

salam..warghhhh...sudah lama tidak menempel gambar dan berceloteh..
sibuknya aku,tambah2 minggu terakhir di USM ni sebab minggu ni sehingga 17/12 aku terpaksa melenguhkan diri aku menjawab soalan subjektif peperiksaan berterusan dan juga menghitamkan soalan objektif sambil kejar masa!
minggu ni saja 6 subjek aku ada exam!
tak macam tahun 2008,tahun ini aku agak sibuk lagi sebab subjek core banyak lagi bbanding thn lepas..so,paham2 jerla kalo aku tak dapat score dgn baik,merudum la CGPA aku nanti...semuanya 3,4 credit hours per subject..!mati aku!!!
ermm..oke lah..entri kali ni aku just nk sembang2 bab medium internet spt Blog,Facebook,Mail dsb..topik ini aku rasa mmg dh basi,tapi sekali skala aku rasa nak Up kan balik sekadar peringatan kpd diri sendiri dan semua..

dulu2 malah hingga kini ramai yg mengutuk,menghentam,melabelkan medium spt facebook,blog dsb itu sesuatu yg membuang masa,ke arah maksiat, berdosa etc..namun sejak hampir 2,3 tahun menggunakan Facebook,Blog aku tidak nampak di manakah kelemahan2 spt yg diperkatakan itu..TIDAK NAMPAK..
sebenarnya atas diri individu itu sendiri..cara dan bagaimana dia menggunakannya.Medium yg baik sekalipon,jika kita menggunakan ke arah negatif, maka negatif lah jadinya..

apa yg aku nampak,sebenarnya melalui medium2 tadilah banyak kebaikan yg kita dapat.Dan sebenarnya ia adalah antara medium terbaik untuk menyebarkan ilmu dan somethin yg berfaedah.
Antara yg nyata berlaku pd diri aku: dapat banyak maklumat dan pendapat org lain yg aku bleh jadikan panduan dan ilmu, ada posting2 rakan yang serba sedikit tersurat dan tersirat yg baik yg boleh kita ambil, kadang2 luahan individu itu bermakna dan kita boleh berkongsi dengannya,dan macam2 lagi..siapa kata budak2 yg main game di Cyber Cafe itu buang masa? kita tidak tahu maybe ada yg di sana akan dapat hidayah melalui Facebook,Blog,Web dgn info2 berguna sewaktu mereka selingan sambil main game?
mau tak mau kita kena juga ikut peredaran zaman.mybe ada yg depan2 segan nk bersuara pendapat,tapi melalui blog,dia meluahkan segala.at the same time,kita bleh berkongsi-kongsi melalui penulisan...
hidup macam kutu mana sekalipon manusia itu,sejahat mana pon dia,se'chokia' mana pon dia,at least dia ada benda yg lebih utk dikongsi2kan.yg maybe org2 bagus pon tak terfikir.namun faktor penulisan dan apa yg kita cuba sampaikan pon kadang2 tidak menepati kriteria yg baik.

sbg manusia kadang2 kita sendri pon tak pandai berkata2,menyusun ayat waktu menulis (skema sgt ke,lurus bendul sgt ke,tertib sgt ke,brutal sgt ke),terover perbuatan,mana tahu kan...tp pada aku,its a human biological conflict..muahahha...dh pe'el kita ni lain2..namun,as long kita bleh terima cara tsbt,lantak pi lah...buat apa sebab benda2 mcm tu pon,kita nk buang kawan..nak cakap "apa la poyo sgt dia nih?"..sebab mybe kita pon mcm gitu,kita pon tak pernah sedar.org sekeliling yg menilai kita.yg slalunya manusia nih gitu..EGO!!!cepat sgt buat rejection.come on..Allah dh cipta setiap insan itu..itulah pon benda plg perfek yg dia dh cipta..so,aku perfek,kamu pon perfek sebenarnya...dan aku tidak sempurna,kamu pon sama...semua org suka Tun Mahathir..ideologi dia!tapi kalo kita semua pon boleh berfikir mcm otak dia,boleh copycat otak dia, maka ramailah Tun Mahathir di Malaysia nih..hakikatnya otak kita lain2!ekekek...kadang2 kita tak sedar,sembang dengan pakcik makcik penjual Goreng Pisang tepi jalan tu pon,kadang2 topik yg dia bincangkan tak tercapai dek akal kita juga.....kahkahkah..it's true!

berikut antara pendapat rakan2 yg ingin aku kongsi bersama tentang perkara ini(aku CnP dari topik fbook aku):

Maizura Musa wrote:
"from the comments kat dalam fb pun mereka boleh timba banyak ilmu daripada rakan2..yang tak tau fotografi pun tiba2 minat nak join, at least they get new hobby daripada dok melepak tak tentu pasal.Yes..and what's important is good communication. In my experience, sometimes at first sight, we might not like someone, but once we talk to them and get to know them, they are not that bad. So, don't judge a book by its cover."
Mahazam Zainal wrote:
"apa saja medium dalam apa bentuk pun...kalau digunakan dengan cara baik...baikla hasil dia...kalau gunakan cara ngak baik.....Ngak baikla produk dia...walaupun medium itu dicipta dengan penuh kebaikan....hehehehhe.."

maka nasihat aku pada rakan2,teruskan berkarya yang baik-baik,yg bermanfaat agar ilmu itu tidak akan tamak untuk diri sendiri.Buangkan sifat Ego,sifat meninggi diri yg anggap kita shj perfek di dunia ini,sifat kedekut ilmu dan tidak mahu berkongsi pengalaman hidup..tulislah apa anda nk tulis dan pamirkan di Blog anda,Facebook anda,sekurang2nya ada yg akan membaca dan menyebarkan ilmu anda juga ke rakan2 di dunia..poyo semua org ada sifat poyo tapi padulikanlah!!Org yg rugi sahaja hidup sendiri-sendiri...dan org yg bodoh sahaja tidak mahu menerima ilmu!Bukalah minda anda,jgn lah jadik spt katak di bawah tempurung...macam tu macam tu jerlah dia sampai bila-bila..

end.

1 comment:

miezanz said...

aku sokong bro...
mcm juga kereta/ moto, kalo kita guna kearah kebaikan maka hasilnya adalah sesuatu kebaikan begitu sebaliknya...