gambar di atas adalah salah satu dr koleksi2 gambar yg diambil semasa hari ulangtahun perkahwinan aku & wife yg ke-12 pada 16/10/2010 baru2 neh...kami bercuti ke satu destinasi yg jauh dari hiruk pikuk dan jerebu dan hingaq binganq bandaraya, serta dari kekecohan manusia2 yg tiada kesudahan. pagi pd 16/10 tuh aku sempat bawak famili melawat rumah mak kecik dan ayah chik di bkt beruntung , ada sikit doa selamat sempena pemergian mereka ke mekah(dijangka bertolak pada 27/10).dah setel di bkt beruntung,aku challo ke tempat percutian itu dan tinggal 1 malam di sana.alhamdulillah, terasa ringan kepala...no facebook, no blogging,no calling2, dlm tempoh hibernation itu..ekekke..melainkan aku & wife happy bersama anak-anak sepanjang masa..
alhamdulillah,dh 12 tahun mengharungi badai bersama-sama,sungguhpon kadang2 ada pertikaian,kerana sedangkan 'lidah lagi tergigit,inikan pulak suami isteri'... namun bersyukur ke hadrat Illahi kerna dgn kuasaNya, limpahan rezekiNya, kami masih utuh,malah bertambah erat hingga ke hari ini...dan persahabatan yg kami jalin dr zaman sekolah(1987) kekal hingga hari ini, yg dh menjangkau 23 tahun!!!! sempena ini,ku hadiahkan lagu maher zain di bawah khusus utk wife aku dan juga para2 isteri di luar sana...
No comments:
Post a Comment