Sunday, October 31, 2010

.:LoVe fAmiLy:.

Aku tak boleh langsung berpisah dengan keluarga aku...merekalah nyawa dan badan aku. Alhamdulillah, mereka kurniaan Allah yang terbaik buatku.
Photobucket
Photobucket

Terima kasih Allah dengan kurniaan tak terhingga ini....

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'---
-firman Allah swt dalam surah Al-Rum ayat 21

Suka untuk berkongsi beberapa tips untuk membina keluarga bahagia:
  1. Bersikap jujur antara satu sama lain.Ini adalah faktor paling utama.
  2. Dengarkan keluhan pasangan anda dan menganggap serius perasaan pasangan kita.
  3. Apabila berlaku perselisihan dalam keluarga sebaiknya dibincangkan bersama suami / isteri sehingga dapat menyelesaikan masalah tersebut dan tidak menimbulkan kebencian dalam keluarga. Andai kata tidak berhasil, dapatkan khidmat orang ketiga yang dapat menolong untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  4. Tunjukkan pada pasangan anda bahawasanya anda mencintainya. Salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta anda adalah dengan mengatakan khalimah “I love You” seikhlasnya.
  5. Peruntukkan masa bersama berdua sahaja tanpa diganggu dengan anak-anak.Minimal setahun sekali.
  6. Janganlah sekali-kali mengungkit-ungkit perkara keburukan yang sudah berlalu. Belajarlah dari kesalahan tersebut dan memperbaikinya.
  7. Percayalah kepada pasangan.Apabila anda ragu-ragu padanya,mohon ampun kepada ALLAH swt dan ungkapkan kepadanya tanpa menyakiti hati pasangan anda.
  8. Pada saat pasangan anda berbicara, pandanglah wajahnya sehingga dia mengetahui anda sedang memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang ingin dia bicarakan.
  9. Apabila berlaku pertengkaran, jagalah perkataan anda ( jangan sampai mengatakan sesuatu yang akan disesali nantinya) dan berusahalah tetap tenang dan berusahalah untuk tetap duduk.
  10. Jagalah rahsia hubungan anda berdua. Apa2pun sentiasalah berdoa kepada Allah jika sesuatu dugaan datang kepada kita.
InsyaAllah...

No comments: