Tuesday, October 12, 2010

.:15 Perkara Yang Mengundang Bala:.

salam..just nak sharing..

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki,beredar dikalangan orang-orang tertentu sahaja.

2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).

4. Suami taat pada isteri-(menurut kehendak isteri dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak menderhakai ibunya.

6. akan tetapi anak tadi (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.

7. Ia juga(anak tadi) suka menjauhkan diri dari bapanya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.

10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.

11. Arak diminum di merata-rata tempat dan berleluasa

12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).

13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.

14, Banyak jenis muzik dimainkan dan didendangkan

15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan dan melaknat generasi yang terdahulu(para sahabat terdahulu). Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Sabda Rasulullah SAW:

1) “Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)”. (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2) Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak” (Hadis riwayat Thabrani)

3) Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi” (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Rasulullah SAW bersabda:

“Sebelum berlakunya hari qkiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi” (Hadis riwayat Ahmad)



adakah perkara-perkara di atas sudahpon berlaku sahabat2ku sekalian??

ADAKAH??

lihatlah sekeliling....

mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah...dan mempunyai keimanan yang KUAT.amin

gbone

1 comment:

Silverian said...

Terima kasih diatas entri kali ini ...Memang suatu perkara yang menarik.