Wednesday, October 20, 2010

~RaSiSkaH? vs jUstiCe Kah?~

ISU 1

Dua pengetua kena tatatertib(SUMBER BHARIAN)

2010/10/19

Tindakan dilaksanakan selepas mengaku buat kenyataan berbaur perkauman

KUALA LUMPUR: Dua pengetua, masing-masing dari sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, digantung tugas ketika prosiding tatatertib berjalan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SMKTARP), Kulai kini ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor, manakala pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau (SMBS), Sungai Petani di Pejabat Pelajaran daerah Kuala Muda, berkuat kuasa 23 Ogos lalu.
Beliau berkata, tindakan ke atas pengetua SMKTARP yang kini dalam prosiding tatatertib diambil berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Tindakan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira faktor bahawa pengetua terbabit membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak berkenaan.

“Permohonan maaf itu dibuat pada perhimpunan mingguan, di bilik gerakan sekolah ketika pertemuan dengan guru bukan Melayu sesi pagi, di kantin sekolah dan dari kelas ke kelas,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pengetua berkenaan dihadapkan dengan tiga pertuduhan kerana membuat pernyataan yang berbaur perkauman dan diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari.
“Pengetua SMBS pula diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan pegawai berkenaan sudah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terbabit,” katanya.
Katanya, insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

KOMEN: KEDUA-DUA CIKGU MELAYU TSBT DIGANTUNG TUGAS??BERAT HUKUMAN KALAU DIIKUTKAN TUH...SBG PENJAWAT AWAM,JIKA DH DIGANTUNG TUGAS TUH DAH MACAM MASUK PETI AIS..LEPAS NIH BEKU JERLAAAA....

ISU 2

Kes baling surau: 3 remaja didenda RM2,000

Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.

Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.

Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary.

Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi 23 Ogos lalu.

Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.


KOMEN: RM2K SAHAJA DAH BLEH LEPAS?MACAM TU SHJ?UNTUNGLAH 3 EKOR ANAK CINA TSBT.
LEPAS NIH RAMAI LAGIK LA YG BUAT KURANG AJAR DGN MASJID/SURAU NIH!!WALHAL YG DITUDUH BALING MOLOTOV COCKTAIL GEREJA ARITU SIAP KENA PENJARA LAGI....

ISU 3

Klip video Namewee: Empat laporan polis dibuat di Johor(SUMBER BHARIAN)

30/08/2010 2:42pm

JOHOR BAHARU 30 Ogos — Polis mengesahkan telah menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.

Laporan pertama dibuat kelmarin di IPD Kulaijaya dan tiga lagi laporan dibuat semalam di Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai, kata ketua polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagi kesalahan seterusnya pelaku boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun.
GAMBAR IHSAN OHARTIS(sewaktu poster konsert namewee kena diturunkan baru2 ini):
Photobucket

KOMEN: AIK???BELUM AMBIL APA2 TINDAKAN LAGI PD MAMAT NEH? TAHUN2 YG LEPAS KECOH RAPPING ISU 'NEGARAKUKU', LEPAS TU ISU 'FU*K TNB', THEN MENCARUT FU*CK SANA, FU*K SINI MENGUTUK KEMENTERIAN PELAJARAN DSB...KES YG DULU PON MANA DE APA2 TINDAKAN PON...AMIK STETMEN JERR...APA, KUAT SANGATKAH "PERTUBUHAN/KUMPULAN2" DI BELAKANG DIA YG MEMBELA DIA NEH???SMPI KRJN PON TAKUT NK AMIK TINDAKAN??? IMMUNE /KEBAL SGT KAH MAMAT NI???

ISU 4

Kes Sosilawati: Dua lagi didakwa, dipenjara selepas mengaku salah

TERKINI @ 10:40:50 PM 15-10-2010
October 15, 2010
Suresh (kanan) dan Sarawanan selepas dikenakan hukuman penjara tujuh tahun kerana membunuh Sosilawati dan tiga yang lain. — Gambar oleh Choo Choy May
BANTING, 15 Okt — Dua lagi suspek dihadapkan di mahkamah hari ini dan kedua-duanya mengaku bersalah berhubung tuduhan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pertuduhan dalam Bahasa Tamil ke atas U. Suresh dan K. Sarawanan dibacakan kira-kira 11.15 pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman dijatuhkan selepas kedua-dua Suresh, 26, dan Sarawanan, 19, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghapuskan bukti bagi kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Kedua-dua suspek yang juga pekerja ladang milik seorang peguam terbabit, yang didakwa kelmarin, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka merupakan antara lapan orang yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan polis berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos lepas.

KOMEN: 7 TAHUN PENJARA..HAHAHAH..YG NI LAGIKLA TERUK..DH BUNUH, BAKAR, BUANG KENA 7 THN SHJ???MAKAN KACANG JERLA DEPA DLM LOKAP TUNGGU KELUAR BALIK...


AND JUSTICE FOR ALL....


1 comment:

JiMi said...

memang hampeh la selagi bdk muar sial tu tak kena apa2..hampeh punya komunis..